STR FASA 2 TARIKH PEMBAYARAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR FASA 2 2025 tarikh bayaran telah diumumkan. Ini disebabkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi. Justeru itu, Bantuan ini dapat membantu meringakan rakyat dalam membuat persedian Hari Raya yang tidak lama lagi.
Ketahui info lebih lanjut mengenai cara semak status STR FASA 2 2025 tarikh bayaran di bawah.
Baca juga : Tarikh Bayaran STR FASA 2 2025
CEK KELAYAKAN STR FASA 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 hanya khas kepada pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kelayakan Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PANDUAN CEK STR FASA 2 2025
Berikut merupakan pautan laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Layari laman rasmi Bantuan Tunai Hasil (STR) atau klik pada pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN DIBERIKAN
Pembayaran STR Fasa 2 akan melibatkan kadar implikasi kewangan sebanyak RM1.7 billion dan mengikut pecahan bagi setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan <RM2,500 | RM150 – RM650 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan <RM5,000) | RM100 – RM300 (tertakluk bil. anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Terdapat dua (2) kaedah bayaran STR Fasa 2, iaitu :
- Ada akaun bank : Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
- Tiada maklumat akaun bank : Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
STR FASA 2 2025 TARIKH PEMBAYARAN
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengesahkan bahawa tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah seperti berikut :
- TARIKH BAYARAN DALAM AKAUN BANK : 24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis)
- TARIKH BAYARAN TUNAI DI KAUNTER BSN : Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my