STR FASA 2 TARIKH BAYARAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Tujuan utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 adalah untuk membantu meringankan beban hidup rakyat, khususnya golongan B40, yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. STR bertujuan untuk:
- Membantu golongan yang memerlukan
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat
- Mengurangkan beban ekonomi
- Mempercepatkan pemulihan ekonomi
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
STR FASA 2 TARIKH BAYARAN
Pembayaran bagi fasa kedua ini dijangka akan dikreditkan mulai 3 April 2025
KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025
Berikut adalah kadar bayaran STR Fasa 2 2025 mengikut kategori:
Isi Rumah
- Pendapatan RM0 – RM2,500
- Tiada anak: RM150
- 1–2 anak: RM300
- 3–4 anak: RM500
- 5 anak atau lebih: RM650
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak: RM100
- 1–2 anak: RM200
- 3–4 anak: RM250
- 5 anak atau lebih: RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan RM0 – RM5,000: RM150
- Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)
- Pendapatan RM0 – RM2,500: RM100
KAEDAH BAYARAN
Pembayaran STR Fasa 2 akan dilakukan melalui dua kaedah:
KAEDAH PEMBAYARAN | SYARAT PEMBAYARAN |
---|---|
Kredit ke Akaun Bank | – Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan. |
Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | -Bagi penerima yang tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal, pembayaran akan dilakukan secara tunai di kaunter BSN. |
SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025
Penerima boleh menyemak status kelayakan dan maklumat pembayaran STR Fasa 2 melalui portal rasmi STR:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik pada menu “Semakan Status”.
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan.
- Maklumat status permohonan dan pembayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR FASA 2 TARIKH BAYARAN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)