STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS PEMBAYARAN BAGI FASA 2 2025
Semak kelayakan dan jumlah bantuan untuk STR Fasa 2 2025! Panduan terperinci bagi penerima bantuan isi rumah, bujang, dan warga emas.
INFO LEBIH LANJUT DIBAWAH : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan oleh kerajaan adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Belanjawan 2024 telah membuktikan keberkesanan insentif kerajaan tersebut dengan membantu meringankan beban kos sara hidup beliau tanpa terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang.
FASA 2 STR 2025 : TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran bagi STR Fasa 2 2025 dijadualkan pada April 2025. Pembayaran ini merupakan kesinambungan daripada fasa pertama yang telah disalurkan pada awal tahun ini. Justeru itu, bagi penerima yang layak, Pembayaran akan dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun bank yang telah didaftarkan manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh mengambil bantuan mereka di Bank Simpanan Nasional (BSN).
AMAUN BAYARAN FASA 2
Terdapat beberapa kategori penerima yang layak menerima bantuan STR Fasa 2 ini. Setiap kategori ini ditentukan berdasarkan status keluarga dan pendapatan bulanan mereka.
KATEGORI | SYARAT-SYARAT | AMAUN BANTUAN |
---|---|---|
Isi Rumah (Keluarga) | 1. Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah | RM650 |
Isi Rumah (Keluarga) | Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah | RM400 |
Isi Rumah (Keluarga) | Isi rumah tanpa anak, dengan pendapatan yang sama | RM250 |
Bujang (Individu Tanpa Anak) | Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
Bujang (Individu Tanpa Anak) | Bujang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 | RM150 |
Golongan warga emas | Warga emas berpendapatan RM1,500 ke bawah | RM350 |
Golongan warga emas | Warga emas berpendapatan RM1,500 hingga RM3,000 | RM200 |
CARA PEMBAYARAN BANTUAN FASA 2
Antara langkah-langkah pembayaran Bantuan STR 2025 adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini juga yang bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
- Mempunyai akaun bank : Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan
- Tidak mempunyai akaun bank : Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Status ‘Gagal Kredit’ : Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Cara Mendaftar dan Semak Status STR Fasa 2 2025
Bagi memudahkan pemohon membuat pendaftaran STR, Pemohon boleh melayari Portal MySTR. Pemohon boleh menyemak status kelayakan mereka serta mendapatkan maklumat terkini mengenai pembayaran melalui portal ini.
Sekiranya anda sudah mendaftar pada fasa pertama, anda hanya perlu mengemaskini maklumat yang diperlukan sekiranya ada perubahan, seperti perubahan pendapatan atau bilangan anak. Penerima yang layak akan menerima bantuan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
RUJUKAN DAN PENAFIAN
STR Fasa 2 2025 adalah salah satu inisiatif penting oleh kerajaan Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan. Dengan bantuan yang disasarkan kepada isi rumah, individu bujang, dan warga emas, program ini diharap dapat memberi impak positif dalam mengurangkan beban kewangan mereka yang terjejas. Oleh itu, pastikan anda memeriksa kelayakan dan maklumat pembayaran agar tidak terlepas manfaat yang diberikan oleh kerajaan.
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : str@mof.gov.my