
MALAYSIA: Dalam beberapa hari ini Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia menerima pvjian daripada wargamaya atas kejayaan mereka.
Ini disebabkan kes mel1batkan selebriti Shuib yang mmbntu kepada pemb0c0ran kes Macau Scam di Malaysia. Terkini SPRM sekali lagi berjaya kntoikan KarteI Low Yat dan Ah Meng Co.
Sindiket jvdi dalam talian yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan penangkapan 20 individu sejak Jumaat lalu dipercayai membabitkan KarteI Low Yat.
KarteI ini beroperasi dari kawasan segi tiga emas Bukit Bintang sejak dua tahun lalu dengan menawarkan aktiviti jvdi dalam talian termasuk yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium.
Dalang sindiket ini menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga tempatan dilapor memperoleh ratusan juta ringgit hasil aktiviti jvdi talian termasuk aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Sumber berkata, sebahagian pegawai dan anggota polis yang ditahan SPRM sebelum ini disyaki melindungi kegiatan KarteI Low Yat.
Malah, katanya SPRM dilaporkan mempunyai nama pegawai dan anggota yang masih belum ditahan, dengan ada antaranya sudah dan akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Rangkaian karteI ini sanggup membelanjakan jutaan ringgit sebagai habuan bulanan kepada pegawai dan anggota berkepentingan yang boleh memastikan aktiviti jud1i dalam talian terus beroperasi dan tidak digmpur,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Katanya, sindiket ini sebelum ini dikatakan mempunyai beberapa premis jvdi di sekitar Lembah Klang, namun selepas operasi besar-besaran digerakkan pihak berkuasa memaksa KarteI Low Yat mengalihkan kegiatan mereka kepada telefon bimbit.
“Dengan telefon bimbit, kaki juvdi tidak perlu ke premis mesin jvdi sebaliknya boleh membuat taruhan secara dalam talian di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja tanpa perlu bimbang ditahan pihak berkuasa.
“Bagaimanapun sistem alamat protokol internet (IP) aktiviti jvdi sindiket berkenaan sebenarnya boleh dikesan pihak berkuasa termasuk Jabatan Siasatan Jnayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ),” katanya.
Sumber sama juga memaklumkan, untuk ‘menghalalkan’ wang hasil aktiviti jvdi ini, orang kanan sindiket Low Yat akan melaburkan wang dalam perniagaan dikendalikan selebriti, artis dan beberapa usahawan melalui penubuhan syarikat dan anak syarikat.
Selain KarteI Low Yat, turut aktif adalah sindiket perjvd1ian Ah Meng Co yang beroperasi secara dalam talian dan dipercayai turut membuka premis jvdi termasuk di sekitar kawasan Sungai Buloh, seperti didedahkan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, beberapa bulan lalu.
Macau Scam Pegawai Kanan Bukit Aman Ditahan SPRM Ketua Polis Negara Bersuara
KarteI Ah Meng Co ini turut dikaitkan dengan sindiket perjvdian WeChat ini, bagaimanapun menghentikan kegiatan berasaskan premis jvdi sebaik operasi dan serbuan besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia susulan pendedahan Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut.
Ketua sindiket dikatakan melarikan diri ke negara jiran susulan operasi di Sungai Buloh, namun aktiviti jvdi dalam talian atas nama Ah Meng Co masih diteruskan.
Sindiket Ah Meng Co turut membuka beberapa pusat hiburan di sekitar ibu negara untuk ‘mencuci’ keuntungan hasil jvdi dalam talian melalui perniagaan hiburan.
Difahamkan, selain dua KarteI terbabit beberapa lagi sindiket kecil-kecilan yang menjalankan aktiviti jvdi dalam talian masih beroperasi dengan nama syarikat tertentu.
SEBELUM INI ASRI JANGGUT DIPANGGIL POLIS
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut mengesahkan dipanggil polis untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada 22 September depan.
Mohd Asri berkata, ia bagi membantu siasatan kes kegiatan perjvdian di Bandar Baru Sungai Buloh, yang ditularkannya sebelum ini.
“IPK Selangor hubungi saya sebentar tadi. Saya diminta untuk hadir beri keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor.
“Percakapan diambil mengenai kes mes1n jvdi di Sungai Buloh. Saya akan hadir bersama peguam,” katanya pada BH, hari ini.
Bulan lalu, Mohd Asri mendedahkan dua rakaman video menerusi laman sosial Facebook, berhubung apa yang didakwanya sebagai aktiviti perjvdian, penjvalan rok0k selvdvp dan perniagaan haaram.
Leave a Reply