SOLAT JAMAK DAN QASAR : PANDUAN CARA DAN NIAT

PANDUAN LENGKAP SOLAT JAMAK DAN QASAR :

Solat jamak dan qasar adalah keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang bermusafir dengan jarak melebihi dua marhalah (kira-kira 81 kilometer). Keringanan ini membolehkan umat Islam untuk menghimpunkan (jamak) dan memendekkan (qasar) solat mereka.

MAKSUD JAMAK

Dari segi bahasa jamak adalah perkataan arab yang bermaksud menghimpunkan. Ia bermaksud dua waktu solat fardhu dengan melakukannya dalam satu waktu.

MAKSUD QASAR

Qasar bermaksud memendekkan solat seperti daripada empat raakat dipendekkan menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat insyak, Zohor, Dan Asar. Solat qasar juga boleh digabungkan dengan jamak iaitu memendekkan jumlah rakaat serta menghimpunkan solat-solat tersebut.

MAKSUD SOLAT TAMAM

Solat tamam merujuk kepada melaksanakan solat dengan lengkap tanpa mengambil rukhsah (kemudahan) qasar. Ini bermakna melaksanakan solat dengan bilangan rakaat yang penuh seperti yang telah ditetapkan, contohnya empat rakaat untuk solat Zohor, Asar, dan Isyak apabila seseorang itu tidak dalam keadaan musafir.

Solat tamam adalah bertentangan dengan solat qasar, di mana dalam solat qasar, bilangan rakaat akan dipendekkan menjadi dua rakaat bagi solat-solat tertentu ketika bermusafir.

CARA MENGERJAKAN SOLAT JAMAK QASAR

  • Niat : “Sahaja aku solat fardu (Zohor / Asar atau Maghrib / Isyak) qasar dua rakaat jamak (taqdim / takhir) kerana Allah Taala”.
  • Bacaaan : surah Al-Fatihah diikuti surah lazim pada setiap rakaat.
  • Rukuk dan Sujud
  • Rakaat kedua ulangi bacaan dan gerakan seperti rakaat pertama
  • Tahiyyat dan Akhir dan Salam.
  • Jika melakukan jamak taqdim, solat kedua harus segera dilakukan dengan niat jamak setelah solat pertama. Untuk jamak takhir, niatkan untuk menangguh solat waktu pertama ke dalam waktu solat kedua.

BERITA TERKINI SEKARANG : BANTUAN STR FASA 2 2025

SOLAT JAMAK DAN QASAR DILAKUKAN BERAPA HARI ?

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir:

“Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar.”

ni berdasarkan hadis al-`Ala’ bin al-Hadhrami bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يُقِيمُ الْمُهَاجِرُ بِمَكَّةَ بَعْدَ قَضَاءِ نُسُكِهِ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Orang Muhajirin bermukin di Mekkah selepas selesai menunaikan manasik selama tiga hari.”Riwayat Muslim (no.1352)

Sebahagian orang mungkin akan keliru; apakah yang dimaksudkan dengan hari masuk dan hari pulang? Adakah hari masuk dan pulang itu merangkumi 24 jam hari pertama dan terakhir atau bukan? Bagi menjawab isu ini, kami nukil perkataan Imam al-Nawawi:

Maksudnya: “Tidak dikira daripada empat hari itu dua siang masuknya dan keluarnya mengikut pendapat yang sahih.Rujuk Minhaj al-Tolibin (hlm. 44)

Berdasarkan keterangan di atas, terdapat perbezaan antara penggunaan hari selama 24 jam dan yang “hari“ dalam konteks hukum jamak dan qasar. “Hari” dalam hukum itu bermaksud waktu siang dan waktu malam apabila seorang musafir itu sampai atau ingin pulang. Contohnya, jika seseorang itu sampai siang hari Isnin, maka dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau keluar daripada tempat itu untuk musafir jauh ke tempat lain pula, pada siang hari Jumaat. Andai kata dia pulang malam Sabtu, maka tidak sah hukum solat jama` dan qasar yang dibuat kerana tidak cukup syarat.

Selain itu, perlu difahami juga bahawa pertukaran hari dalam fiqh Islam adalah selepas waktu Maghrib (senja) dan bukan 12.00 tengah malam. Antara hikmah diberikan keringanan pada siang hari sampai dan siang hari pulang ialah kerana seorang musafir itu pastinya disibukkan dengan perkara-perkara yang keperluan ketika musafir (seperti pengangkutan, penginapan dan persediaan pulang) pada dua siang hari tersebut.

SUMBER : PEJABAT MUFTI WILAYAH

Leave a Comment