Sndir Guru, Dj Yusuf Letak Jawatan Secara Sukarela

MALAYSIA: Penyampai Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf yang mencetuskan kontroversi menyindir seorang guru di TikTok, meletakkan jawatan daripada stesen radio itu, berkuat kuasa semalam.

Perkara itu disahkan pengurusan stesen radio berkenaan melalui entri di Instagram (IG).

“Hitz komited dalam menyampaikan maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia.

“Hasil siasatan dalaman berhubung kontroversi membabitkan salah seorang penyampai Hitz FM, kami menerima peletakan jawatan (DJ Yusuf) berkuat kuasa pada 22 Februari 2021,” kata entri itu.

Sementara itu, semakan dalam media sosial mendapati belum ada kemas kini daripada Yusuf berhubung keputusannya itu.

Sebelum ini, penyampai berusia 29 tahun itu berdepan tindakan digntung kerja berikutan rakaman video memaparkan aksi mentertawakan guru yang menyampaikan subjek Sains untuk siaran Didik TV, tular dan dikecam netizen.

Susulan itu, Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin tampil membuat permohonan maaf dan meluahkan ksesal atas perlakuan Yusuf.

Yusuf turut membuat permohonan maaf melalui entri Instagram TV (IGTV).

Yusuf berharap ada pihak membantunya bersemuka dengan guru terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*