MySumber

Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2 – Tun Mahathir

Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2 - Tun Mahathir

MALAYSIA: Nampaknya tanpa mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir mengatakan bahawa beliau bersama sekutu dalam Parti Amanah Nasional, Parti Warisan Sabah dan DAP mencalonkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Perkara itu dibuat adalah berdasarkan kepada perbincangan tidak rasmi bersama Shafie, Presiden Amanah, dan Setiausaha Agong DAP dan beberapa orang lagi ahli parlimen lain seperti M. Kulasegaran, Anthony Loke, Tan Kok Wai dan lain-lain dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah 2 hari yang lalu.

Tambah Mahathir lagi, mereka juga telah bersepakat bagi mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya DS Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri 2.

Perancangan Pakatan Harapan kini adalah bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang parlimen akan datang.

“Di dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Di antara cadangan yang telah dikemukakan adalan pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri” – Mahathir

“Kami bermuafakat untuk meletakkan DS Shafie sebagai calon Perdana Menteri.

Saya menyokong penuh cadangan itu, yang penting kita mempunyai pendirian yang tegas agar rakyat tahu akan pendirian kami – Kata Tun Mahathir.

Selain itu, perkara itu adalah satu langkah yang dapat merapatkan lagi hubungan di antara semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Dan yang paling penting adalah meneruskan perjuangan yang dimulakan sejak 2015.

Perjuangan membersihkan kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu dapat diteruskan.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Exit mobile version