“Mesra bagai ayah dan anak” – Foto Mira dan Wan Emir Pula Jadi Buah Mulut Wargamaya

MALAYSIA: Selamat diijabkabulkan minggu lalu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar kini sedang menikmati bulan madu mereka di Langkawi. Malah, Mira juga tidak lokek berkongsikan momen romanstis mereka di Instagram untuk tatapan peminat.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila ramai yang terkejut melihat gambar Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih.

Apa yang tidak sedapnya apabila ada yang mengata rambut suami kepada bintang popular itu sudah beruban dan apabila pasangan itu bergambar bersama seperti anak dan bapa.

Meskipun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengutuk sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.

Kata netizen lagi, jangan mengh1ina seseorang daripada paras rupa dan usia kerana apa yang paling penting adalah seseorang lelaki itu boleh membimbing dan menjaga Mira Filzah.

BERITA BAIK

Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita jelita yang pintar atau disebut ‘beauty with brain’.

Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunya pesona dan aura yang bukan calang-calang.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.

Jadi tidak hairanlah Mira dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.

“Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta jaya. Mira selama ini iuga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik.

“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.

“Peranannya sebagai ikon PTTI juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar.

“Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, dia boleh dianggap sebagai wanita berjaya.

“Tanpa perlu terlalu beriya iya nak kelaskan dia sebagai itu ini mahupun menyebut dirinya selaku individu yang banyak memberi inspirasi dan simbolik semangat, kita memang tahu dirinya cukup menginspirasikan ramai,” kata Cikgu Fana lagi.

Sekalipun tahun ini, Malaysia diuji dengan pandemik Cov1d 19 hingga sesi persekolahan terbantut beberapa bulan, perjuangan menempuhi SPM tetap diteruskan.

Tinggal sekitar tiga bulan lagi peperiksaan SPM akan menjelma yang dijadualkan pada 6 Januari 2020. Peperiksaan percubaan SPM pula dijangka berlangsung Oktober depan.

Lalu, PTTI dengan berbesar hati serta komited mahu membantu sertak membuka tawaran secara terhad kepada hanya 3000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia untuk menyertai seminar Last Ultra 100% pada 26 dan 27 September ini.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’