Malaysia
“Seorang Ustazah Ditngkap Oleh P0lis”, Sebab Mengajar Mengaji dan Berdkwh di Rumah
LUAR NEGARA: Fuhh agak luar biasa berita ini apabila seorang Ustazah telah dtngkp oleh pihak berkuasa kerana mengajar mengaji di rumah.
Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah menngkp seorang guru wanita terkenal, Aisha Al-Muhajiri. Menurut Prisoners of Conscience, dia ditahan kerana berdakwah dan mengajar Al-Quran di rumahnya di kota suci Mekah.
Ulama wanita berusia 65 tahun itu dilaporkan ditngkp oleh 20 anggota perkhidmatan perisikan Arab Saudi.
Prisoners of Conscience, organisasi yang melaporkan penngkpan dan penindasan pemerintah Arab Saudi terhadap aktivis dan pemimpin masyarakat, melaporkan bahawa dua wanita lain ditngkp bersama dengan Al-Muhajiri.
“Salah satu dari dua wanita itu berusia 80 tahun, sementara ahli keluarga lain menolak untuk memberi apa-apa maklumat mengenai dirinya,” kata organisasi itu, seperti dikutip oleh Middle East Monitor.
Organisasi itu menambah bahawa selepas penngkpan mereka, sesiapa yang bertanya mengenai penahanan atau apa sahaja mengenai tuduhan akan turut ditngkp, termasuk anak-anak Al-Muhajiri sendiri.
“Kami mengesahkan bahawa anak-anak pendakwah Aisha Al-Muhajiri diancam penahanan ketika mereka bertanya tentangnya setelah dia ditngkp,” kata organisasi itu.
“Pihak berkuasa dilaporkan berkata, ‘Kami akan menngkp sesiapa saja yang menanyakannya’,” organisasi Prisoners of Conscience melanjutkan, memetik ancaman dari pihak berkuasa Arab Saudi.
Tambah organisasi terbabit, Al-Muhajiri kini ditahan di Penjara Dhahban berhampiran bandar pesisir Jeddah. Sehingga kini, pemerintah Arab Saudi maupun pihak berkuasa enggan mengulas laporan tersebut.
Difahamkan, sejumlah ulama, aktivis dan pengkritik rejim Arab Saudi telah ditngkp dalam beberapa tahun terakhir. Bahkan para cendekiawan yang sangat dihormati dan terkenal turut mendapat nasib yang sama kerana memberi komen mengenai hal ehwal semasa atau dasar pemerintah.
Ini termasuk Aid Al-Qarni, Ali Al-Omari, Safar Al-Hawali, Omar Al-Muqbil, dan Salman al-Ouda. Banyak yang ditahan ini dikenali sebagai reformis dan oleh itu dilihat sebagai ancaman oleh pemerintah de facto Putera Mahkota Muhammad Bin Salman.
Tindakan kerasnya terhadap sarjana Muslim yang telah lama menjadi suara utama di Arab Saudi adalah usaha untuk mengekang pengaruh mereka. Inisiatif luar negeri Muhammad Bin Salman dan usaha gigihnya untuk memodenkan Arab Saudi telah menjadi sasaran pengkritik.
Aimidoula Waili sebagai contoh, adalah dari minoriti Muslim Uighur yang dianiaya di China. Dia ditngkp oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada bulan November atas permintaan pemerintah China. Setelah ditahan di China beberapa tahun yang lalu sebelum melarikan diri ke Turki, Waili dilaporkan berisiko dihantar pulang ke China.
Sumber: TheVocket
-
Malaysia4 years ago
Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta
-
Malaysia4 years ago
Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
-
Bantuan4 years ago
Bantuan RM50 ‘E-Wallet’ akan dikreditkan bermula 1 Julai – Perdana Menteri
-
Malaysia4 years ago
Tarikh rayuan Bantuan GKP sebanyak RM3000 dibuka, Cara membuat Rayuan
-
Malaysia4 years ago
Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan
-
Malaysia4 years ago
Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)
-
Malaysia4 years ago
Thailand gelar skuad Harimau Malaya sebagai “Johor National Team”
-
Malaysia4 years ago
SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan