
MALAYSIA: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) satu senarai yang didakwa cadangan calon Parlimen Perikatan Nasional yang dikatan rahsia telah ditularkan di media sosial.
Berikut kami kongsikan senarai calon yang dikatakan disepakati oleh 9 parti komponen gabungan perikatan nasional itu. Artikel asal anda boleh baca di https://malaysiadateline.com/senarai-sulit-cadangan-calon-parlimen-perikatan-nasional-bocor/.
Untuk pengetahuan anda semua, Perikatan Nasional adalah perikatan yang membabitkan 9 parti komponen iaitu UMNO, BERSATU SABAH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), MIC, MCA, PAS, Parti Bersatu Rakyat Sabah.
Menurut sumber, Perikatan Nasional di semenanjung akan menggunakan logo yang bakal direka dalam masa terdekat manakala calon Perikatan di Borneo akan menggunakan lambang lain.
Berikut pula adalah senarai calon seperti yang kami katakan diatas yang dicadangkan akan bertanding.
Di Pulau Pinang, MCA dan MIC akan diberikan jawatan penting di peringkat Exco Kerajaan Negeri, kedua-dua rakan sekutu UMNO sejak era BN itu dicadangkan bagi mendapatkan jumlah paling banyak bagi jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.
Manakala di Kelantan, Setiasausaha Agong PAS, Datok Takiyuddin Hasan telah dicadangkan bagi bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas bagi membolehkannya dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada masa akan datang.
Penjelasan mengenai perkara diatas adalah, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar di KElantan akan bertukar kerusi ke Parlimen akan dilantik sebagai Menteri.
Seterusnya BERSATU Malaysia tidak akan bertanding di Peringkat DUN Kelantan dan Datuk Sri Mustapa Mohamed akan bagi laluan kepada PAS di DUN Ayer Lanas.
Selain itu, di NEgeri KEDAH, BERSATU dan Muafakat Nasional serta parti-parti komponen Barisan Nasional dikatakan telah bersetuju dengan mencalonkan wakil PAS sebagai calon Menteri Besar Kedah.
Turut diperjelaskan bahawa pembahagian kerusi Parlimen telah dimuktamadkan dengan formula empat kerusi untuk BERSATU, 5 untuk UMNO, 4 untuk PAS manakala MIC dan MCA mempunyai satu kerusi masing-masing.
Bacaan penuh senarai di : https://malaysiadateline.com/senarai-sulit-cadangan-calon-parlimen-perikatan-nasional-bocor/
Leave a Reply