Semua salah Najib, Saya letak jawatan bukan asbab kemelut politik – Mahathir

MALAYSIA: Seperti biasa, bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamed menyalahkan bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Razak sebagai punca ketidak stabilan Malaysia.

Bukan itu sahaja bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan ini juga berkata beliau berhak membuat kritkan terbuka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bekas Perdana Menteri Keenam (PM6) itu telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Tun Mahathir berkata, beliau kecewa PPBM (Bersatu) terpengaruh dengan isu DAP boleh menghncurkan orang Melayu yang menurutnya sengaja dicipta oleh Najib .

“Ini adalah isu yang dicipta Najib untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan supaya Najib dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mengambil alih.

“Maka dengan hasrat untuk kembali berada dengan kerajaan, Najib mendakwa DAP akan hncurkan orang Melayu jika berada dalam kerajaan. Dakwaan ini tidak berasas, ia hanya bertujuan menakutkan orang Melayu supaya menolak kerajaan PH,” katanya.

Dalam perkembangan itu jugaa, bekas Perdana Menteri turut menafikan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke7 merintis kepada kejatuhan kerajaan PH, beliau sebaliknya menuduh PPBM sebagai penyebabnya.

“Sebenarnya PH dijatuhkan oleh Bersatu (PPBM) apabila keluar PH (menyebabkan) seluruh anggota PH kehilangan jawatan mereka.

“Saya sebagai anggota kerajaan PH juga kehilangan jawatan,” katanya, dipetik dari laporan Sinar Online.

Mahathir turut  menyangkal bahawa peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri ketujuh menjadi sebab berlakunya pertengkaran atau kemelut politik.

Beliau berkata, ada antara ahli parti yang menyalahkannya kerana menganggap semua pertengkaran yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) disebabkan beliau meletakkan jawatan.

Sebenarnya PH dijatuhkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila keluar PH (menyebabkan) seluruh anggota PH kehilangan jawatan mereka.

Saya sebagai anggota kerajaan PH juga kehilangan jawatan,” katanya ketika membahaskan Titah diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sudah membuat keputusan keluar dari kerajaan PH apabila mereka merayakan (pembentukan kerjasama) bersama UMNO dan Pas di Hotel Sheraton.

“Pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Interim adalah daripada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan negara tidak hilang kepimpinan sebelum kerajaan baharu ditubuhkan,” kata beliau.

Sementara itu, beliau menyifatkan kes lompat parti banyak berlaku di Sabah.

“Saya berpendapat bahawa lompat melompat banyak berlaku di Sabah, entah pasal apa saya tak tahu.

“Tapi ini memang berlaku dahulu. Di peringkat pusat tak pernah berlaku seperti ini. Kita hormati keputusan yang dibuat oleh rakyat,” katanya.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Related Posts

‘Dengan tilam-tilam pesakit angkut balik’ Terkejut jururawat!…

Ini 6 lokasi bahaya lubang benam besar di KL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

  • By mysumber
  • September 4, 2024
  • 22 views
Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 22 views
Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 29 views
Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

Suami rentap tudung isteri depan cashier…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Suami rentap tudung isteri depan cashier…

Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 30 views
“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…