SEMAKAN STR FASA 3 : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN
Dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang kian meningkat, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan inisiatif penting bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi sumber harapan bagi mereka yang amat memerlukannya.
Lihat Juga : TARIKH BERPUASA BULAN MUHARRAM
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 hadir sebagai sinar harapan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Melalui sokongan yang disalurkan secara berfokus, ia diharap dapat meringankan beban kos sara hidup serta membuka ruang kepada penerima untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Kerajaan kekal komited dalam menambah baik serta memantau pelaksanaan program ini agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia secara menyeluruh.
MATLAMAT UTAMA STR
STR 2025 merupakan inisiatif proaktif kerajaan dalam usaha meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Seiring dengan peningkatan kos sara hidup, bantuan tunai ini diharap menjadi sokongan yang signifikan bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup seharian. Melalui pelaksanaan strategi penyasaran semula subsidi, kerajaan dapat menambah baik dan mempertingkat kadar bantuan agar lebih menyeluruh dan berkesan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.
TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Tarikh dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 ke bawah berdasarkan jumlah bilangan anak.
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH |
|---|---|
| TIADA ANAK | 1,000.00 |
| 1-2 ORANG ANAK | 1,500.00 |
| 3-4 ORANG ANAK | 2,000.00 |
| 5 ORANG ANAK KEATAS | 2,500.00 |
Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah :
| BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
| 1-2 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
| 3-4 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
| > 5 | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
| TARIKH BAYARAN | 22-28 JANUARI | 24-27 MAC | BELUM DIUMUMKAN | BELUM DIUMUMKAN |
CARA SEMAK STR FASA 3 2025
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 3 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 3
- Masukkan kata laluan
- Selesai
LUPA KATA LALUAN STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.