SEMAKAN SAMAN POLIS : CARA SEMAK SAMAN POLIS SECARA ONLINE

Cara-cara membuat semakan saman polis secara online :

Bagi mengelak saman yang tertunggak menjadi lebih banyak, anda boleh membuat semakan untuk mengetahui dan membuat bayaran dengan segera turutamanya ketika tempoh diskaun yang ditawarkan oleh pihak PDRM dan Kerajaan.

Semakan ini dapat dibuat hanya dihujung jari anda sahaja tanpa perlu ke balai Polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah untuk membuat semakan dan bayaran. Ini bertujuan bagi memudahkan rakyat untuk melunaskan tunggakan saman sedia ada tanpa perlu membazirkan masa pergi ke kaunter yang perlu mengambil masa berjam-jam.

Baca juga : SEMAKAN MYKAD MADANI

CARA MEMBUAT SEMAKAN SAMAN

Antara langkah-langkah membuat semakan saman polis tanpa perlu ke kaunter.

  1. Semakan Saman Di MyBayar PDRM
  • Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
  • Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  • Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  • Log masuk setelah selesai mendaftar.
  • Semak Saman dan Jumlah Saman Yang perlu Dibayar
  • Buat Bayaran secara Online

2. SEMAKAN MELALUI SSO-PDRM

Portal Sistem Semakan Online (SSO) yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik.

Sila layari Portal SSO: http://sso.rmp.gov.my/.

  • Pengguna baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.
  • log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Untuk menyemak saman, klik pada ikon ‘Status Saman’
  • masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.

SEMAKAN SECARA SMS

Check Saman PDRM

Melalui SMS : POLISSAMAN[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.

DISKAUN TERKINI

Pihak PDRM kebiasaanya akan mengadakan diskaun atau promosi bagi menggalakkan orang awam menjelaskan bayaran saman turutamanya ketika “Sambutan Hari Polis”.

Justeru itu, kita perlu peka dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dan Kerajaan.

Untuk mendapatkan update terkini tentang diskaun saman polis, anda boleh follow Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) atau mana-mana laman sosial rasmi Polis Diraja Malaysia.

Leave a Comment