SEMAKAN PLKN TAHUN 2025 : STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, kerajaan akan melaksanakan semula PLKN pada tahun 2025 dengan konsep dan format baharu yang baik untuk semua yang berumur antara 17 hingga 35 tahun.
Ikuti info disini berkenaan SEMAKAN PLKN TAHUN 2025 untuk info yang lebih lanjut.
Baca Juga : SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP
PENGENALAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun melibatkan purata perbelanjaan RM600 juta setahun.
Program itu kemudiannya dihentikan selama setahun pada 2015 susulan langkah rasionalisasi perbelanjaan, namun diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 orang setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diteruskan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
KELEBIHAN PROGRAM PLKN 3.0
Kelebihan menyertai program PLKN 3.0 kepada peserta adalah seperti berikut:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
- Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
TEMPOH PERLAKSANAAN PROGRAM PLKN 3.0
Program PLKN 3.0 ini akan diadakan selama 45 hari bagi tempoh masa percubaan.
TARIKH PERLAKSANAAN
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, “PLKN 3.0 tahun 2025 akan dimulakan dengan siri pertama PLKN 3.0 bermula pada hari ini hingga 25 Februari depan.
SIRI | TARIKH | LOKASI |
---|---|---|
SIRI 1 | 12 Januari – 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL |
SIRI 2 | 11 Mei – 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
SIRI 3 | 7 September – 21 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
SEMAKAN PLKN TAHUN 2025 – KELAYAKAN
Kelayakan peserta program PLKN 3.0 tahun 2025 ini dipilih berdasarkan faktor-faktor dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Pelajar Lepasan SPM
- Calon Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib Kementerian Pertahanan Malaysia dibawah ini.
Talian Bantuan : 603-4019 9999
e-Mel : mindef@mod.gov.my
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0