SEMAKAN MYKASIH MYKAD : PANDUAN DAN SEMAKAN SENARAI BARANG
Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan akan melaksanakan bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula April 2025. Seramai 5.4 juta penerima, termasuk 700,000 penerima sedia ada di bawah inisiatif SARA eKasih serta 4.7 juta penerima baharu, akan menerima bantuan ini melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad masing-masing. Bantuan yang diberikan secara bulanan ini bertujuan untuk membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai di premis terpilih. Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara dan memastikan sokongan yang lebih cekap, selamat dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Lihat Juga : Cara Permohonan MYSARA 2025
CIRI-CIRI PENERIMA MYKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Kelayakan Penerima; dan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA DISALURKAN BANTUAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.
KADAR SUMBANGAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
Penerima Sedia Ada (Lulus STR & Berstatus eKasih)
JENIS | KADAR |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac), RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
Penerima Baharu (Lulus STR & Bukan eKasih)
JENIS | KADAR |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
TATACARA PENGUNAAN MYKASIH
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
- Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : info@mykasih.com