SEMAKAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MADANI 2025
Bantuan Mykad Madani merupakan inisiatif kerajaan bagi menyalurkan melalui Mykad penerima secara terus bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secepat mungkin dan dapat mengurangkan beban rakyat yang sedang menghadapi cabaran kenaikan harga yang sangat mendadak.
Melalui program ini, bantuan disalurkan secara terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan di kedai yang berdaftar. Berikut adalah panduan lengkap dan cara semakan Mykad Madani 2025 untuk memahami cara cek status kelayakan, tarikh bayaran, dan info penting lain berkaitan bantuan mykad RM100 Februari 2025.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKad Madani Fasa 1? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
Baca juga : SUMBANGAN ASAS RAHMAH
SYARAT SEMAKAN MYKAD MADANI 2025
Syarat-syarat bagi penerima bantuan Mykad:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang
- Miskin Tegar / Miskin eKasih
JUMLAH SALURAN MYKAD MADANI 2025
Kadar penerimaan sumbangan adalah berbeza untuk setiap kategori seperti yang dinyatakan dibawah:
KATEGORI PENERIMA STR 2025 | PENERIMA STR BERSTATUS MISKIN DAN MISKIN TEGAR | PENERIMA STR SELAIN MISKIN DAN MISKIN TEGAR |
---|---|---|
ISI RUMAH (TIADA HAD UMUR) | RM 2100.00 RM100/BULAN (JANUARI-MAC) RM200/BULAN (APRIL-DISEMBER) | RM900.00 RM100/BULAN (APRIL-DISEMBER) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM 1,650.00 RM100/BULAN (JANUARI-MAC) RM150/BULAN (APRIL-DISEMBER) | RM450.00 RM50/BULAN (APRIL-DISEMBER) |
BUJANG | RM 600.00 RM50/BULAN (JANUARI-DISEMBER) |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Bantuan Mykad Madani 2025 ini akan disalurkan ke dalam Mykad penerima secara bulanan dan ansuran seperti penyataan dibawah :
- Penerima miskin tegar : 15 Januari 2025 (Semenanjung Malaysia) Februari dan Ogos 2025 (Sabah dan Sarawak)
- Penerima Bukan Miskin : April hingga Disember 2025 (Semenanjung Malaysia) April dan Disember 2025 (Sabah dan Sarawak)
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
RUJUKAN
Segala perkongsian maklumat tentang semakan bantuan mykad madani 2025 sebagai panduan penrima bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : info@mykasih.com