SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI : CEK STATUS PENERIMAAN BANTUAN 2025
Program BUDI MADANI bertujuan untuk memastikan subsidi disasarkan secara tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Melalui program ini, kerajaan berharap agar bantuan yang disalurkan tidak disalahgunakan atau diberikan kepada pihak yang tidak berhak, sekali gus mengurangkan pembaziran. Salah satu matlamat utama adalah untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, seperti petani, pekebun kecil, dan golongan berpendapatan rendah
BACA JUGA : INFO BANTUAN KERAJAAN YANG TERKINI
SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI
Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
SYARAT KELAYAKAN | HURAIAN |
---|---|
Warganegara Malaysia | 1. Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00 2. Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif. 3. Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik. |
Budi Agri-Komoditi | 1. Warganegara Malaysia. 2. Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan. 3. Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah. |
MySubsidi Diesel | 1. Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS). 2. Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.” |
JENIS PERMOHONAN BUDI MADANI 2025
BUDI MADANI menawarkan beberapa jenis bantuan yang disasarkan kepada golongan tertentu:
- Bantuan Subsidi Tunai untuk Petani dan Pekebun Kecil: Golongan ini layak menerima bantuan subsidi tunai untuk menampung kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
- Bantuan Subsidi Tunai untuk Pemilik Kenderaan Diesel Individu: Individu yang memiliki kenderaan diesel layak menerima bantuan tunai untuk menampung kenaikan kos pengangkutan harian mereka.
- Program SKDS (Sistem Kad Diskaun Subsidi): Program ini menyediakan bayaran balik interim bagi permohonan yang telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card”
DOKUMEN SOKONGAN DAFTAR BANTUAN
Untuk mengemukakan permohonan bantuan, pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
- Salinan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)
- Penyata Pendapatan atau Slip Gaji (Jika Ada)
- Geran Kenderaan bagi Permohonan Budi Individu
- Sijil Pendaftaran dengan Kementerian bagi Budi Agri-Komoditi.
KAEDAH YANG LENGKAP PENDAFTARAN
Kaedah lengkap pendaftaran program Budi Madani secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi : https://budimadani.gov.my/
- Kemudian, klik pada pilihan kategori bantuan yang anda ingin membuat permohonan iaitu Budi Individu ATAU Budi Agri-Komoditi.
- Setelah pilih kategori bantuan, anda dikehendaki masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti nama penuh, nombor MyKad, nombor pendaftaran kenderaan, dan maklumat akaun bank.
- Seterusnya, anda dikehendaki muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dalam format PDF atau JPEG.
- Kemudian, pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul.
- Klik butang “Hantar.”
- Akhir sekali, simpan Nombor Rujukan Permohonan untuk semakan status permohonan nanti.
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PENERIMA
Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
SEMAKAN KELULUSAN
Panduan lengkap Semakan Status Budi Madani 2025 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik ‘Semakan Status’
- Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.
TARIKH PEMBAYARAN BUDI MADANI 2025
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:
TARIKH PEMBAYARAN | BULAN |
---|---|
7 Februari 2025 (Jumaat) | JANUARI |
7 Mac 2025 (Jumaat) | FEBRUARI |
11 April 2025 (Jumaat) | MAC |
9 Mei 2025 (Jumaat) | APRIL |
6 Jun 2025 (Jumaat) | MEI |
7 Julai 2025 (Jumaat) | JUN |
8 Ogos 2025 (Jumaat) | JULAI |
8 September 2025 (Isnin) | OGOS |
8 Oktober 2025 (Rabu) | SEPTEMBER |
7 November 2025 (Jumaat) | OKTOBER |
5 Disember 2025 (Jumaat) | NOVEMBER |
9 Januari 2026 (Jumaat) | DISEMBER |
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai Semakan Kelayakan Budi Madani boleh dirujuk diprotal rasmi dan Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-Mel : budimadani@treasury.gov.my