SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP : SEMAKAN STATUS PENERIMA YANG LAYAK BAGI TAHUN 2025
Bantuan sara hidup merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan bantuan tunai kepada golongan B40.Tujuan program ini adalah untuk membantu mereka dalam membeli barangan dapur dan keperluan asas harian. Program ini bertujuan membantu kos sara hidup rakyat Malaysia dengan memberikan kredit bulanan sebanyak RM100 kepada penerima yang layak melalui MyKad mereka.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
TUJUAN BANTUAN SARA HIDUP 2025
Meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa. Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion kepada RM10 bilion.
SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan bagi penerima bantuan sara hidup adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar yang sudah mempunyai dalam pengkalan data ekasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi kerajaan.
CARA AGIHAN BANTUAN
Pemberian wang bantuan sara hidup diagihkan melalui pembelian tanpa tunai menggunakan MYKAD penerima sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan.
Manakala cara penggunaan bantuan sara hidup adalah seperti langkah berikut :
- Penerima hendaklah mengunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih untuk program bantuan sara hidup 2025
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut label “MyKasih” pada rak tanda harga.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut label “MyKasih”
- Masukkan 6 digit nombor PIN untuk pengesahan bayaran.
- Pengesahan pembayaran dilakukan.
CARA SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP
Semakan hendaklah dengan melayari protal rasmi kerajaan seperti langkah di bawah :
- Layari laman web rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan Kad Pengenalan (tanpa sengkang).
- Klik “semakan status”.
CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN ASAS MYKAD B40
Bantuan tambahan asas mykad tidak perlu melalui permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik jika menerima STR 2025.
Semakan bantuan sara hidup dan pengesahan kelayakan boleh dilakukan dengan melayari laman web STR atau MyKasih
JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP 2025
Bantuan sara hidup 2025 mengikut kelayakan penerima :
1.Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA |
---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM2,100 setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM1,650 setahun |
Bujang (STR & eKasih) | RM600 setahun |
2. Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA |
---|---|
Isi Rumah (STR Sahaja) | RM900 setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) | RM450 setahun |
INFO BANTUAN
Segala maklumat yang dinyatakan di atas merujuk daripada laman web rasmi SARA. Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan boleh merujuk di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.