SEMAKAN BANTUAN EWALLET 2025 : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Isi rumah miskin akan menerima bantuan SARA melalui Ewallet (MyKad) sebanyak RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 tahun 2024. Kelayakan penerima bantuan tanpa tunai iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah diperluaskan, membolehkan lebih ramai individu menerima bantuan ini berbanding tahun sebelumnya, yang terhad kepada penerima berstatus eKasih sahaja.
Anda boleh semak bantuan Ewallet 2025 selanjut dibawah :
Baca Juga : CARA SEMAK SAMAN ONLINE
CARA KREDIT BANTUAN
Kerajaan mengkreditkannya menerusi kad pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 ini.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA RM200 2025
RM200 adalah khas kepada penerima bantuan yang menepati kriteria kelayakan seperti dibawah sahaja :
- Warganegara Malaysia
- Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah B40
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
CARA MEMBUAT SEMAKAN BANTUAN EWALLET 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan RM200, ikuti panduan semakan dibawah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian maklumat tentang semakan bantuan Ewallet 2025 sebagai panduan penerima bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : info@mykasih.com