SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Penerima bantuan sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan tanpa tunai bagi setiap bulan dalam Mykad (IC) penerima khas untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kesihatan dan barangan sekolah di mana-mana kedai terpilih seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak. Mengikut data yang direkodkan seramai 5.4 juta rakyat dewasa Malaysia menerima bantuan ini.
BACA JUGA : TARIKH KEMASUKAN STR FASA 2
SEMAK STATUS MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima MyKasih iaitu :
- Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Kadar amaun yang dikreditkan MyKasih Bantuan Dalam MyKad adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
PENERIMA MYKASIH BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA MYKASIH BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM100/RM200 sebulan (RM2,100 setahun) | Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun) |
Warga Emas : RM100/RM150 sebulan (RM1,650 setahun) | Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun) |
Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun) Bujang | Tiada |
PANDUAN SEMAK STATUS MYKASIH 2025
Status kelayakan penerima MyKasih Bantuan Dalam MyKad boleh disemak melalui dua (2) cara, iaitu :
- Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
- Melalui Aplikasi MyKasih.
Berikut kaedah semak status MyKasih :
- Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI MASA KREDIT BANTUAN MYKASIH
Setelah penerima disahkan layak, MyKasih Bantuan Dalam MyKad bakal dikreditkan mengikut jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | SESI SATU (1) 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | SESI DUA (2) 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 / sebulan | RM200 / sebulan |
Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 / sebulan | RM150 / sebulan |
Bujang (Miskin & Miskin Tegar) | RM50 / sebulan | RM50 / sebulan |
Isi Rumah (Asas Bukan Miskin) | – | RM100 / sebulan |
Warga Emas (Asas Bukan Miskin) | – | RM50 / sebulan |
*Nota : Pengkredit MyKasih Bantuan Dalam MyKad adalah pada setiap 1 hari bulan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.