Malaysia
“Saya minta maaf, Tolong berhenti kecam Polis” – Pemilik H0T Burget Malaysia
Malaysia: Pada pengasas H0t Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid hari memohon maaf kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain ekoran pendedahan aktiviti perjud1ian dan perniagaan haaram di Sungai Buloh, baru-baru ini.
Menurut beliau, dirinya tidak menyangka pendedahannya itu akan mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial.
Malah Mohd Asri berkata, dia hanya ingin berkongsi maasalah sebenar yang dihadapi penduduk sekitar kawasan itu dan tidka berniat untuk menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
“Kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf. Demi Allah, saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak maraah sedikit pun.
“Cuma, ada rasa cembuuru apabila MBSA kacau kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai r0okok seludup dan jud1i hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi live FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Sebelum ini tular satu video oleh beliau yang mendakwa terdapat premis perjud1ian dan aktiviti haraam di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa.
Lelaki itu bertindak demikian selepas tidak berpuas hati beberapa gerai yang menjual burger pada waktu malam disita oleh MBSA sedangkan, beberapa kedai haraam milik warga asing dan kedai perjud1ian dibiarkan beroperasi tanpa tindakan.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar.
Shafa’aton berkata berdasarkan statistik sehingga Julai tahun ini, polis telah melakukan 40 serbuan dan 132 tangkapan bagi kes perjud1ian di sekitar kawasan berkenaan.
Mohd Asri turut menjelaskan bahawa beliau telah membuat laporan secara rasmi kepada pihak polis berhubung kegiatan premis jud1i itu tiga bulan lalu disusuli dengan satu lagi laporan kepada Jabatan Integriti.
Namun, apa yang berlaku premis jud1i tersebut tutup sekejap dan kembali beroperasi malah lebih mengecewakan mereka menambah lagi premis jud1i termasuk bersebelahan kedainya.
Dalam pada itu, Mohd Asri berkata setakat ini beliau tidak menerima ancaman daripada mana-mana pihak.
“Tiada yang ganggu (saya setakat ini),” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Mohd Asri turut meminta masyarakat agar berhenti mengecam polis.
Ujarnya lagi, semua pihak harus bersama-sama membantu pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan perjud1ian atau lain-lain aktiviti tidak bermoral.
“Tolong henti keecam polis. Mereka ini permata harapan.
“Mari sama-sama bantu polis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Patut Polis siasat dan berterima kasih kepada saya bukan siasat saya
Seorang peniaga burger yang videonya tular dengan dakwaan bahawa terdapat aktiviti perjud1ian dan perniagaan haram di Sungai Buloh kesal apabila dirinya pula dipersalahkan oleh pihak berkuasa susulan pendedahan panas itu.
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid berkata, sepatutnya selepas kegiatan haraam itu dibongkar, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya tetapi sebaliknya pula berlaku.
“Baru sebentar tadi kita dengar ketua polis Sungai Buloh dalam sidang akhbarnya bahawa polis membuat laporan terhadap saya dengan menyatakan saya membuat tohmahan.
“Sebenarnya ini bukan tohmahan tapi cerita betul, sepatutnya pihak polis hubungi saya ucap terima kasih dan hantar bunga sebab saya beri maklumat, tetapi ia tidak jadi begitu. Benda ini bukan baru, sudah lama isu mesin jud1i ini berlaku.
“Semua orang tahu karakter kedai mesin jud1i ini macam mana, bagaimana pula polis tidak tahu. Bukan ada setakat tiga atau empat kedai jud1i sahaja tetap banyak lagi. Ini baru di Bandar Baru Sungai Buloh, belum di tempat lain lagi,” katanya secara eksklusif kepada Malakat Tribune ketika ditemui hari ini.
Semalam tular satu video oleh seorang lelaki menerusi sebuah laman di Facebook yang mendakwa terdapat premis perjud1ian dan aktiviti haram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa.
Lelaki itu bertindak demikian selepas tidak berpuas hati beberapa gerai yang menjual burger pada waktu malam disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedangkan, beberapa kedai haram milik warga asing dan kedai perjud1ian dibiarkan beroperasi tanpa tindakan.
Dalam pada itu, Mohd. Asri berkata, aduannya berhubung isu jud1i haram bukan tidak pernah dibuat, malah beliau pernah membuat laporan sehingga ke Bukit Aman tetapi tindakan susulan diambil sangat mengecewakan.
“Masa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kedai-kedai jud1i ini masih beroperasi sampai pukul 2 hingga 3 pagi, saya ada bukti dan kemudian saya buat aduan pada Bukit Aman dan mereka minta saya pergi ke bahagian perjud1ian. Kemudia saya bagi video dan sebagainya. Maksudnya saya sudah ke peringkat tertinggi.
“Tapi apa jadi akhirnya? Kedai ini hanya ditutup dua hari, lepas itu buka balik. Saya nak mengadu pada siapa lagi? Kemudian saya pergi pula ke bahagian integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu pihak yang paling tinggi boleh membantu kita, saya buat laporan dan hantar video.
“Tahu apa yang berlaku selepas itu? Selepas itu pekerja saya dipanggil oleh seorang tauke kedai jud1i dan bertanya kenapa awak punya bos ‘complain’ tentang mereka. Persoalannya, macam mana tauke ini tahu,” ujarnya.
Mohd. Asri berkata, isu tersebut tidak tamat begitu sahaja sebaliknya beliau diugut secara tidak langsung apabila tauke jud1i berkenaan menambah dua lagi kedai jud1i dan salah satu kedai itu terletak betul-betul di sebelah kedai miliknya.
“Tindakan ini seolah-olah mencabar saya, tetapi apa boleh saya buat,” katanya dengan nada kecewa.
Mengulas mengenai dakwaan MBSA bahawa tindakan menyita kedainya diambil selepas arahan diberikan lebih awal sebelum ini, Mohd. Asri berkata, perkara tersebut bukan isu utama sebaliknya mengapa tindakan sama tidak diambil pada kedai lain terutamanya milik warga asing.
“Saya sebenarnya tidak kecil hati sebab sepanjang 20 tahun meniaga burger, saya pernah lalui perkara ini banyak kali cuma kali ini berlaku ketika PKP yang mana kita semua susah dan hanya mahu mencari sedikit rezeki.
“Ketika itu saya hairan, kedai milik warga asing yang terletak 50 meter dari kedai saya tidak diambil tindakan sedangkan mereka memasang khemah kekal dan bersimen, malah mereka juga menjual rok0ok seludup.
“Semua orang tahu benda ini tapi kenapa tiada tindakan diambil? Dengan kami mereka datang macam samseng siap jerkah tapi kedai milik Acheh dan kedai jud1i tidak diambil tindakan langsung,” katanya.-
-
Malaysia4 years ago
Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta
-
Malaysia4 years ago
Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
-
Bantuan4 years ago
Bantuan RM50 ‘E-Wallet’ akan dikreditkan bermula 1 Julai – Perdana Menteri
-
Malaysia4 years ago
Tarikh rayuan Bantuan GKP sebanyak RM3000 dibuka, Cara membuat Rayuan
-
Malaysia4 years ago
Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan
-
Malaysia4 years ago
Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)
-
Malaysia4 years ago
Thailand gelar skuad Harimau Malaya sebagai “Johor National Team”
-
Malaysia4 years ago
SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan