Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

USAHAWAN Haliza Maysuri tidak lokek berhabis wang ringgit bagi menyambut ulang tahun kelahiran kucing kesayangannya iaitu Money yang ketujuh.

Mana tidaknya, Haliza menempah busana khas daripada jenama Rizalman Couture untuk Money yang sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga mereka.

“Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture macam mama (panggilan Haliza), letop berkilau mewah Swaroskinya,” katanya.

money 2

Money dilihat selesa mengenakan busana mewah.

Haliza berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan Money menyarung busana berwarna silver.

Bukan itu sahaja, Haliza juga berkongsi sekitar majlis ulang tahun Money yang diadakan di sebuah butik mewah.

Menerusi video yang dikongsi memaparkan majlis tersebut disambut dengan nyanyian serta sebuah kek yang direka khas untuk Money.

View this post on Instagram

A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)

Majlis yang diadakan secara tertutup itu, turut dihadiri suaminya iaitu Mohd Rosli Awang serta anak sulung Zuhairi Syazwan dan menantu Sarah.

Malah dia juga menempah hadiah khas buat haiwan peliharaannya itu dari Paris.

“Pertama kali dalam sejarah Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi pets di butik mewahnya.

money 3

Money sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga.

“Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk pusat beli belah. Sebab Money memang sudah kami anggap anak bongsu kami,” kongsi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terpukau dengan persiapan dilakukan Haliza bagi menyambut ulang tahun haiwan peliharaannya.

Namun ada juga yang beranggapan Haliza terlalu membazir memandangkan ramai lagi insan memerlukan bantuan.

money 4

Ahli keluarga turut memeriahkan majlis ulang tahun Money.

“Rizalman pun buat baju kucing, pertama kali dengar tapi ini bukan hajat kucing tapi tuan kucing ini.

“Takut Money pun hairan dia kucing ke haiwan sebenarnya sampai dilayan macam itu.

“Tertanya-tanya apa dalam fikiran staf dekat butik itu, mesti dia macam bingung juga,” antara komen netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

  • Related Posts

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    PELAKON Ieda Moin selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang Rabu lalu. Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 45, berkata, dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu…

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    TEKA-TEKI kononnya pelakon Raja Azura kembali mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila seorang kerabat Perak tampil menjelaskan majlis pernikahan yang berlangsung bukan milik aktres berkenaan. Syed Saif Alsagoff yang merupakan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’