Malaysia
Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta
MALAYSIA: Hari ini kecoh mengenai seorang pelajar Sekolah Menengah di Temerloh Pahang menjadi mangsa buli pada Julai tahun lalu. Ibu mangsa menyaman sekolahnya dan ketua pengarah pendidikan kerana tidak mampu menjaga keselamatan terhadap anaknya semasa di kawasan sekolah.
Dalam laporan akhbar pada hari ini, pelajar itu mendakwah yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga iaitu Sekolah dan Pengarah Pendidikan gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar yang telah membulinya.
Dalam satu saman yang dibuat, mangsa turut menamakan pembulinya, murid lelaki bekas rakan sekelasnya ketika di tingkatan 3, sebagai defendan pertama. Saman itu turut menyertakan kerajaan Malaysia sebagai defendan keempat.
Dalam satu saman yang dikebuat melalui ibunya Zaiton Yusoff, pelajar tersebut mahu menuntut ganti rugi keseluruhan lebih RM2 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi terul, ganti rugi teladan dan lain-lain.
Menurut ibu mangsa, saman tersebut dibuat bukan untuk mencari duit tetapi demi keadilan bagi anaknya yang katanya telah berubah sejak kejadian hampir 1 tahun yang lalu.
Ibunya menambah bahawa dia perlu berjumpa dengan ahli psikiatri dan psikologi di hospital kerajaan setiap bulan bagi merawat anaknya. Perjumpaan tersebut adalah untuk mendapatkan ubat dan membantu anaknya menangani isu-isu emosinya.
Menurut laporan The Star, anak Zaiton yang berusia 16 tahun telah mengalami kemurungan dan trauma walaupun sudah berpindah sekolah di Selangor. Anaknya kini lebih bersikap agresif dan enggan ke sekolah.
Menurut sumber lain, tuntutan saman turut memetik bahawa pelajar tersebut mengalami kecederaan pada dada, peha kiri, mata, lengan dan tengkuk serta mengalami trauma.
Ada yang mengatakan bahawa mangsa telah ditampar badanya dan menarik tudungnya sebelum menyerang beberapa bahagian tubuhnya yang lain.
-
Malaysia4 years ago
Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
-
Bantuan4 years ago
Bantuan RM50 ‘E-Wallet’ akan dikreditkan bermula 1 Julai – Perdana Menteri
-
Malaysia4 years ago
Tarikh rayuan Bantuan GKP sebanyak RM3000 dibuka, Cara membuat Rayuan
-
Malaysia4 years ago
Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan
-
Malaysia4 years ago
Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)
-
Malaysia4 years ago
Thailand gelar skuad Harimau Malaya sebagai “Johor National Team”
-
Malaysia4 years ago
SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan
-
Bantuan4 years ago
TERBARU ! Kerajaan Umum Tarikh Pembayaran Akhir BSH 2020
Pingback: Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta – figuraku.com