SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan

MALAYSIA: Keputusan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada hari ini membenarkan beberapa sektor dan perkhidmatan. Antara perkhidmatan dibenarkan adalah gunting rambut dan pusat kecantikan yang dibenarkan beroperasi semula.

Menurut sumber, kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun 2020 ini. Namun pembukaan kedai-kedai tersebut hendaklah mengikuti prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan KKM.

SOP yang ketat diantara pekerja dan pelanggan telah ditetapkan oleh pihak kerajaan hendaklah diikuti oleh kedai-kedai gunting rambut.

Tambah Datuk Ismail Sabri lagi, perkhidmatan tersebut melibatkan lebih kurang 75 ribu pekerja di seluruh negara dengan menyumbang kira-kira RM13.5 billion setahun kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Keputusan membenarkan pengoperasian semula kedai gunting rambut pada 10 Jun ini adalah berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP). Jadi pemilik kedai gunting rambut dibenarkan memulakan kembali operasi mereka bermula Selasa ini.

Antara prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian adalah, setiap kedai gunting rambut atau pusat kecantikan hanya dibenarkan melakukan perkara asas seperti gunting rambut, cukur misai dan jambang, solekan dan rawatan rambut serta cuci dan rawatan muka.

Manakala untuk pelanggan yang berusia 60 tahun ke atas, proses untuk mereka gunting rambut adalah berbeza iaitu mereka wajib membuat temujanji terlebih dahulu. Dan ketika mereka gunting rambut maka tidak dibenarkan pihak lain untuk berada di dalam kedai tersebut.

Manakala untuk kanak-kanak, hanya berusia 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan. Mereka wajib memakai penutup mulut, selain itu mereka hendaklah dipakaikan apron pakai buang.

Selain itu, prosedur yang telah ditetapkan kepada pekerja gunting rambut adalah mereka sentiasa memakai penutup muka, pelindung muka plastik, apron dan sarung tangan. Manakala pelanggan biasa wajib pakai apron pakai buang dan tidak dibenarkan apron yang sama dengan orang lain.

SOP kepada mereka yang membuat perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah juga adalah sama seperti SOP kedai. Ia digalakkan untuk golongan warga emas, kerana mereka tidak bergaul dengan orang lain. – Kata Ismail Sabri

Manakala untuk pembukaan semula pasar malam, pasar pagi dan bazarian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ismail Sabri menjelaskan bahawa ia juga dibenarkan dengan SOP yang ketat.

Peniaga pasar tani boleh memulakan operasi mereka bermula 15 Jun 2020 ini dengan mengikuti semua prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk pengetahuan anda semua, bagi pasar pagi mereka dibenarkan untuk beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 11 pagi, manakala untuk pasar malam dari jam 4 petang sehingga 10 malam dan bazarian bermula dari jam 5 ptg sehingga 10mlm.

Jika sebelum ini kedai-kedai disusun rapat, untuk SOP yang wajib mereka patuhi adalah, setiap gerak mempunyai jarak sosial iaitu 1.5 meter hingga 2 meter dan tapak pasar itu mesti berada di tempat terbuka.

Selain itu, pihak penganjur harus peka dengan membuat tapak yang mempunyai pagar jalan keluar masuk. Suhu pembeli hendaklah diperiksa di pintu masuk dan mencuci tangan dengan sanitizer.

Orang ramai diminta untuk menggunakan topeng muka sepanjang berada di dalam ruangan tapak berniaga. Peniaga juga tidak dibenarkan untuk membuka atau menyediakan meja makan kerana konsep jualan yang dibenarkan hanya la membawa pulang.

Related Posts

‘Dengan tilam-tilam pesakit angkut balik’ Terkejut jururawat!…

Ini 6 lokasi bahaya lubang benam besar di KL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

  • By mysumber
  • September 4, 2024
  • 22 views
Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 22 views
Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 29 views
Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

Suami rentap tudung isteri depan cashier…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Suami rentap tudung isteri depan cashier…

Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 30 views
“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…