
MALAYSIA: Personaliti media sosial berdepan saman lebih RM2 juta susulan tindakannya yang didkwa menghiina bentuk fizikal seorang wanita menerusi Facebook (FB) secara langsung, pada 18 Ogos lalu.
Peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, 37, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, saman sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak personaliti itu.
“Hari ini saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel dari tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.
“Jadi Saman dan Pernyataan Tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.
“Dalam 14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Rasheed berkata, sebutan pada 11 November depan itu akan dibuat secara atas talian dengan pendaftar dulu saja.
Sebelum ini, media melaporkan Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah mendkwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambarnya serta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen media sosial personaliti terbabit.
Katanya, insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, 18 Ogos lalu, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.
Pada 14 September lalu, pihak Suharnizan dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghiina rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.
Susulan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, pada 15 September lalu.
Peguam bagi pihak Suharnizan iaitu Mohd Rasheed memaklumkan walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat secara langsung menerusi FB ‘influencer’ itu, namun isu ‘body shaming’ boleh didkwa mengikut Sksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PADA 21 September lalu akhbar melaporkan Suharnizan tetap akan saman Eira Aziera
Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera, 37, walaupun personaliti media sosial itu sudah memohon maaf kerana menghiinanya dalam media sosial.
Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, tindakan undang-undang diambil bertujuan memberi pengajaran terhadap Eira Aziera kerana isu body shaming boleh didkwa mengikut Sksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, perkara tersebut perlu dijadikan pengajaran terutama kepada semua pihak dalam media sosial bahawa mereka masih terikat dengan undang-undang dan tidak bebas untuk bercakap sesuka hati.
“Perkara ini memberi kesan kepada mangsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit.
“Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Pada 18 Ogos lalu, Suharnizan menulis komen “live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?” menerusi video secara langsung kira-kira jam 10 pagi sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook personaliti media sosial tersebut.
Eira Aziera kemudian membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya.
Video yang mengandungi kata-kata penuh hiinaan itu kemudian tular.
Bagaimanapun, tindakan personaliti tersebut membuat hiinaan itu mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya.
Dia mendkwa gagal mengawal emosi dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan banyak pihak rasa tersinggung.
Suharnizan dengan ditemani peguamnya kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.
Menurut Suharnizan, jika perkara itu boleh dipersetujui atau ada tawaran untuk diselesaikan di luar mahkamah, pihaknya boleh mempertimbangkannya.
“Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” tegasnya.
Pihaknya turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyiasat akaun Facebook palsu menggunakan nama Suharnizan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi berkata, siasatan kes itu setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan terbaharu.
Leave a Reply