
Penunggang motosikal yang melawan arus disyaki menjadi punca kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi .
Mengikut Laporan mStar, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata : “Suspek dalam perjalanan pulang ke rumah di Kajang dari Ampang tetapi tersesat dan mengambil keputusan untuk memasuki jejambat Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dengan melawan arus lalu lintas.”
Selepas itu, Suspek kemudian bertembung dengan mangsa menyebabkan kemalangan dan dia turut terjatuh dari motosikalnya, selepas itu suspek terus pulang ke rumah.
Apabila kes ini viral, Suspek akhirnya menyerah diri dan membuat laporan polis, suspek dibebaskan buat masa ini akibat kecederaan parah yang dialaminya.
KOMEN NETIZEN :
Mungkin jiwa dan perasaan rider melawan arus ni tidak tenang sekrg, kerana itu dia dtg menyerah diri. Bagaimana hidup nak tenang, satu nyawa telah terkorban akibat perbuatannya. Juga, tentunya ahli keluarga mangsa (arwah) ada mengadakan majlis kenduri tahlil dan bacaan doa serta yassin buat arwah. Maka, bertambah kacaulah jiwa rider yg bersalah ini. Itu belum lagi baca komen, hentaman dan cacian dari netizen. Mmglah tak akan ada rasa tenteram…
Kagum dgn org berusia 62 tahun still bawa superbike….Ducati pula tu…. Alfatihah utk arwah
dah lah wrong way lorong kanan selekoh pulak hm.
Sumber : mStar
Leave a Reply