MALAYSIA: Permohonan Geran Khas Prihatin tealh dibuka mulai 1 Mei sehingga 15 Mei 2020 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sebanyak 642,976 orang permohonan tealh diterima oleh LHDNM.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 488,857 pemohon berjaya mendapat Geran Khas Prihatin tersebut. Permohonan yang berjaya akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing mulai 15 Jun 2020 ini.
Namun bagi pemohon yang masih dalam semakan, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020. Geran Khas Prihatin merupakan program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi meringakan beban rakyat ketika Malaysia menghadapi CoV-19.
Jumlah Bayaran yang akan diterima
Untuk pengetahuan semua, pemohon yang berjaya menerima GKP ini berhak menerima sebanyak RM3000.00 yang akan dibayar secara one-off.
Cara semak Geran Khas Prihatin
Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakanan Geran Khas Prihatin bagi pemohon yang telah membuat permohonan.
- Masuk ke dalam portal rasmi Geran Khas Prihatin : https://gkp.hasil.gov.my
- Selepas itu, klik log masuk pengguna, dan masukkan ID yang telah anda buat ketika permohonan
- Klik pada butang “Semak”
- Nanti akan dipaparkan maklumat seperti Nama, No MyKad dan Status Permohonan.
- Jadi selepas itu, klik butang “Status Permohonan” bagi mengetahui sama ada permohonan anda diluluskan atau gagal.
Cara membuat permohonan rayuan Geran Khas Prihatin
Sekiranya permohonan anda gagal, maka anda boleh membuat permohonan rayuan Geran Khas Prihatin secara Online mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020 melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin yang sama.
Baca Juga: Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
PESANAN: Pihak LHDNM akan membuat semakan rayuan anda dengan teliti dan setiap keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun 2020, manakala tarikh pembayaran akan dijangka bermula pada 29 Jun 2020.
Berikut adalah tempat anda untuk membuat pertanyaat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin, sila hubungi LHDNM terus
- Laman rasmi – www.hasil.gov.my
- Talian – 03-89111000
Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24