
Pandemik yang sedang melanda dunia kini sedikit sebanyak membantu skuad Harimau Malaya untuk mendapatkan kelulusan FIFA membenarkan pemain natrulisasi Liridon Krasniqi beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia pada kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Vocket FC pada 6 Mei mengatakan bahawa hasrat pemain kelahiran Kosovo untuk menyarung jersi Harimau Malaya telah menjadi kenyataan apabila Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan bahawa pihak mereka sudah mendapat surat rasmi daripada FIFA.
Surat tersebut adalah surat yang mana FIFA memberi kebenarkan kepada FAM untuk menyenaraikan Liridon Krasniqi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sedang ditangguh dan dijangka akan bermula pada beberapa bulan akan datang.
Sebelum ini dilaporkan pemain tengah Johor Darul Ta’zim itu sepatutnya membuat debut dalam perlawanan bertemu UAE pada bulan MAC lalu, namun FAM ketika itu masih lagi belum menerima sebarang keputusan rasmi dari FIFA.
Menurut Stuart Ramalingam, sepatutnya perlawanan dengan UAE, Liridon sudah boleh bermain namun FIFA tak boleh keluarkan surat selagi dia tidak memenuhi surat lima tahun beraksi di Malaysia.
“Dia sudah cukup syarat tersebut pada 25 Mac lalu dan perlawanan kita bertemu UAE sepatutnya dijadualkan pada 26 Mac. Namun selepas penangguhan aksi kelayakan Piala Dunia, mereka (FIFA) mengeluarkan surat”
Liridon Krasniqi telah mengangkat sumpah sebagai warganegara Malaysia pada Februari lalu melalui penatrulisasian dan turut menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pemain ini menjadi pemain kedua mendapat status natrulisasi selepas pemain Pahang Mohamadou Sumareh dinatrulisasikan pada tahun lepas.
Leave a Reply