Tuntut Mutaah Tak Lebih RM1 Juta, Puteri Sarah Dedah Pemintaannya Yang Ramai Tak Tahu

Puteri Sarah berkata, dia sudah berbincang dengan ibu bapanya termasuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berhubung tuntutan tidak melebihi RM1 juta.

“Tetapi, saya tidak mahu minta lebih-lebih. Saya minta apa yang dirasakan munasabah. Dan saya tak minta bayar sekali gus, sebaliknya secara bulanan,” katanya kepada BH Online.

“Syamsul pernah berjanji jika ada rezeki nak bagi rumah. Sebab tempat tinggal anak-anak kena sediakan, tetapi itu pun tiba-tiba tak mahu bagi.

“Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan,” katanya.

Puteri Sarah yang ditemui selepas perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan hari ini berkata, dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding hari ini akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

KOMEN NETIZEN DI BH FB PAGE :

Perangai macam cartel yg nak control pekerja asing. Suka tarik balik janji ikut suka kepala dia je. Children has special rights. They have needs that cannot be cut loss when berlaku separation. Come on. X gentleman langsung. Teruskan saman kpd gundik, takde tarik balik.

Perjalanan lepas cerai adalah lebih sukar, kepada para lelaki, pertahankan rumahtangga anda jangan bercerai. Minta maaf jika ada salah silap, pujuk dia dan teruskan hidup macam biasa. Lama2 hati org perempuan akan lembut juga. Selembut lembut kapas, lembut lagi hati wanita.

Nak cerai diam2 je lah. Wartawan tak payah sibuk buat berita. Bukan best pun kisah mereka.

Kemampuan bebini bnyak ni bukan setakat tanggung perbelanjaan anak isteri dan atas katil saja , kemampuan sebenarnya adalah MAMPU BUAT SEMUA ISTERI2 BERDAMAI DAN MENJALANI KEHIDUPAN BERSAMA2 .. klau tak mampu , maknanya tak mampu la bebini banyak .

Sumber : Berita Harian

  • Related Posts

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’