TERKINI Anwar Ibrahim sedang menunggu Tarikh baru Menghadap Agong

TERKINI Anwar Ibrahim sedang menunggu Tarikh baru Menghadap Agong

MALAYSIA: Dikala Malaysia sedang menghdapi gelmbang ketiga c0v-19, nampaknya Presiden PKR masih lagi sibvk dengan jawatan Perdana Menteri.

Ini selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim itu kini sedang menunggu tarikh baru untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung usahanya untuk menubuhkan kerajaan baru, kata sumber dari parti itu.

“Kalau nak jujur, perkara ini sangat sulit. Mel1batkan institusi diraja. Kebanyakan pemimpin parti tidak mengetahui perkembangan terkini.

“Tapi, saya boleh pastikan satu perkara. Iaitu Datuk Seri (Anwar) sedang menanti tarikh baru untuk mengadap Seri Paduka Baginda,” katanya kepada Malaysiakini.

anwar dan agong

Sumber yang dekat dengan Anwar itu menegaskan Anggota Parlimen Port Dickson itu kini masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, selepas kira-kira dua minggu membuat sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu.

“Dia masih mempunyai sokongan termasuk wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak. Sebab itu saya kata, Anwar sedang menanti majlis menghadap Seri Paduka.

“Ada yang kata 121 (anggota Parlimen yang sokong), ada yang kata 125. Itu bagi kami tidak penting. Apa yang penting majoriti yang kukuh dan menyakinkan,” katanya lagi.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam sidang media mendkwa mempunyai sokongan yang “kukuh dan menyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai “dokumen tetap yang tidak boleh diragui” bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditanggbhkan susulan kegeringan baginda.

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Agong dimasukkan ke Institut Jntung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara dua hari lalu.

Sebelum ini Perikatan Nasional, BN sangkal dkwaan Anwar cukup majoriti

Semua parti yang bekerjasama dan mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) menolak dkwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan bersamanya, gabungan itu menyifatkan kenyataan Anwar itu tidak lebih hanya satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukannya sebelum ini.

“Tindakan terbaru beliau ini juga menyerlahkan sikap r4kvs dan g1la kuasa beliau yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Cov-19.

“Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu disokong oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan.

Turut menyokong, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak, Datuk Alexander Nanta Linggi; Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim serta Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Guan Dee Kohoi.

Mereka turut memaklumkan, semua parti mendokong PN itu kekal berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Anwar dalam sidang media khas hari ini berkata, beliau yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).

“Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN,” kata Presiden PKR.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*