Rakyat semakin keras kepala, Polis akan pantau Penjarakan sosial di Restoran dan warung

Rakyat semakin keras kepala, Polis akan pantau Penjarakan sosial di Restoran dan warung

MALAYSIA: Beberapa hari ini kita sering dihidangkan dengan berita mengenai peningkatan jumlah kes aktif cov-19 di Malaysia. Lebih daripada 10 kluster aktif telah disahkan oleh KKM.

Ini semua disebabkan oleh sikap keras kepala masyarakat yang merasa Malaysia sudah berjaya mengatasi cov-19 sepenuhnya. Disebabkan rasa gembira ini rakyat semakin alpa.

Polis dan pasukan petugas khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan memantau dan membuat pemeriksaan lebih kerap di restoran serta warung bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Menteri Kanan (Keselamatn), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata ketika ini didapati kebanyakan restoran tidak mematuhi SOP penjarakan sosial dan ramai yang bersesak seolah-olah PKPP sudah berakhir.

Punca kluster Brickfields

Langkah itu berikutan sudah ada kes jangkitn cov-19 melibatkan premis makanan seperti kluster restoran di Brickfields.

“Peniaga dan pengunjung yang didapati tidak mematuhi SOP penjarakan sosial di restoran akan dikenakan denda dan kompaun seperti yang ditetapkan mengikut Akta Pencegahn dan Pengawalan Penyakt Berjngkit 1988 atau dikenali juga Akta 342.

Tiada kompromi

“Mengikut akta itu sesiapa yang disaabitkan kesalaahan di bawah undang-undang ini akan didnda tidak lebih RM1,000 atau dipenjra tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini kerajaan memberikan kelonggaran kepada orang ramai berkunjung ke restoran dengan SOP penjarakan sosial.

Namun, katanya ramai yang tidak patuh SOP, mengabaikan aspek penjarakan sosial dengan berh1mpit-h1mpit.

“Jika dulu satu meja hanya untuk dua orang kita longgarkan boleh empat orang satu meja. Namun, orang ramai seakan lupa, mulai duduk berh1mpit-himp1t dan berses4k-ses4k serta tidak ikut saiz restoran.

“Selepas pemantauan ini, polis dan pasukan petugas khas akan mengambil tindakan tegas dan mana-mana pengusaha tidak patuhi penjarakan sosial akan ditutup dan orang ramai boleh dikompaun, tiada lagi am4ran atau nasihat,” katanya.

Restoran tak patuh SOP kerajaan diarah tutup

Sebelum ini di Butterworth sebuah restoran diarahkan untuk tutup selepas tidak mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Sebuah restoran di Jalan Kampung Paya, Raja Uda di sini diarahkan tutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam pemeriksaan yang dijalankan pihak berkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya bersama agensi lain menjalankan pemeriksaan pada 6 petang tadi kerana hasil risikan dan intipan mendapati restoran itu, yang turut menawarkan minuman arraak, dipenuhi pelanggan serta tidak mematuhi jarak sosial yang ditetapkan.

“Dalam pemeriksaan itu, terdapat lebih 150 pelanggan yang sedang minum sedangkan sepatutnya premis itu hanya boleh menerima pengunjung tidak lebih 100 orang sahaja. Malah ada pengunjung yang duduk empat orang satu meja sedang minum minuman keeeraas.

“Selain itu, restoran itu turut meletakkan meja serta kerusi di luar premis sedangkan mengikut syarat PKPB, ia tidak boleh berbuat demikian,” katanya selepas Ops cov-19 di restoran itu hari ini.

Selain polis, operasi itu disertai penguat kuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KKM mengeluarkan notis bagi menutup restoran itu selama tujuh hari bagi memastikan pemiliknya mematuhi SOP PKPB sebelum membuka semula premis.

Restoran itu turut dikenakan kompaaun RM1,000 kerana ingkaar PKPB.

Polis menhan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di restoran itu kerana tiada sebarang dokumen perjalanan diri. Turut ditahan ialah pemilik premis iaitu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun kerana menggajikan pendatang asng tanpa izin (PATI).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*