PKPB berakhir 9 Jun akan digantikan dengan PKPP, Ini yang harus anda ketahui

PKPB berakhir 9 Jun akan digantIkan dengan PKPP

MALAYSIA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 9 Jun 2020 ini bakal digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Di dalam PKPP terdapat banyak kelonggaran lagi akan diberikan oleh kerajaan.

Dalam perutusan khas Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa akan banyak lagi kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia selepas 10 Jun ini.

Perdana Menteri mengumumkan juga secara rasmi, semua aktiviti rentas negeri dibenarkan. Jadi kepada siapa yang ingin bertemu ibu dan ayah dibenarkan bermula 10 Jun ini.

Beliau menasihatkan agar kita semua menjaga kebersihan dan kesihatan lebih-lebih lagi nak bertemu orang tua yang mudah terjangkiti CoV-19. Jadi beliau mengingatkan untuk menjaga kebersihan agar menjamin keselamatan orang tua.

Bagi rentas negeri hanya dibenarkan ke kawasan yang bukan PKPD atau kawasan yang sedang berada dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Selain itu, banyak lagi sektor ekonomi akan dibuka selepas ini secara berperingkat oleh kerajaan. SOP akan disediakan dan rakyat wajib menuruti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

AKtiviti keagamaan juga akan dilonggarkan semula selepas ini dengan prosedur akan diumumkan oleh Menteri Agama secara berperingkat.

Alhamdulillah semoga dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini, rakyat dapat mematuhi segala SOP dan arahan kerajaan. Jangan biarkan CoV-19 terus berleluasa di dalam negara kita.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*