Malaysia
PKP Dilanjutkan, Bukti Kerajaan Gagal Dalam Pelaksanaan 28 Hari PKP sebelum ini
MALAYSIA: Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara disambung bermula Jumaat ini sehingga18 Februari depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.
Katanya, kecuali Sarawak yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKP ini akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada bagi memastikan penularan Cooviid-19 dapat dikekang.
“Semua SOP berkaitan akan dikeluarkan MKN dan mesyuarat juga mengambil maklum mengenai permohonan beberapa perniagaan untuk beroperasi seperti biasa.
“Kita mendengar permohonan mereka dan ia akan diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa teknikal.
“Mesyuarat ini akan meneliti permohonan mereka dan akan dibawa dalam sidang khas untuk pertimbangan,” katanya pada sidang media PKP, hari ini.
Katanya Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes harian di semua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam kluster adalah 20 peratus hingga 40 peratus.
“Selain itu kes peningkatan sporadik juga tinggimembabitkan warganegara dan bukan warganegara.
Keeceewaa dan Bukti Kerajaan Gagal
Pasti ramai sebelum ini mengetahui berita yang mengatakan bahawa kerajaan tidak lagi melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan melihat kepada faktor ekonomi dan sebagainya.
Hal ini diucapkan sendiri oleh Ketua Pengarah KEsihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham sebelum ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.
Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.
“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.
“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.
“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.
Namun berbeza pula ceritanya pada hari ini. Apabila PKP akan dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021. Ini membuktikan kerajaan membuat sesuatu berdasarkan desakan awam tanpa melihat dan merasai apa yang sedang dirasai oleh rakyat.
Ekonomi Peniaga Kecil Terjeejas: Bagi kami disebabkan kerajaan membuat tindakan ini ia berlanjutan menyebabkan ekonomi peniaga kecil terjejas. SEkiranya kerajaan melaksanakan PKP 1.0 14 hari yang lepas kami yakin dan percaya bahawa kes sudah turun sedikit sebanyak atau ia sudah dikawal dengan baik.
Orang lain buat hal, Orang lain yang kena: Melihat kepada statistik yang berjgnkit adalah ramai dikalangan mereka yang bekerja di kilang dan sebagainya. Namun masih kita dapat lihat banyak lagi kilang yang beroperasi. Tapi peniaga kecil pula yang kena.
Adakah PKP ini untuk melenyapkan peniaga-peniaga dan membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia h1lang pekerjaan di masa hadapan ?
-
Malaysia4 years ago
Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta
-
Malaysia4 years ago
Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
-
Bantuan4 years ago
Bantuan RM50 ‘E-Wallet’ akan dikreditkan bermula 1 Julai – Perdana Menteri
-
Malaysia4 years ago
Tarikh rayuan Bantuan GKP sebanyak RM3000 dibuka, Cara membuat Rayuan
-
Malaysia4 years ago
Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan
-
Malaysia4 years ago
Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)
-
Malaysia4 years ago
Thailand gelar skuad Harimau Malaya sebagai “Johor National Team”
-
Malaysia4 years ago
SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan