Pendkwa Raya pula Kntoi Terlibatt Dengan Rasuah Suapan Lebih RM300 ribu

Pendkwa Raya pula Kntoi Terlibatt Dengan Rasuah Suapan Lebih RM300 ribu

MALAYSIA: Nampaknya bulan ini kita sedang dihidangkan dengan berita tanpa henti berkaitan dengan rahsvah. Dan memang patutlah rasuah kini boleh digelar sebagai mvsuh no 1 Negara!

Terbaru : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Majistret di sini untuk menyiasat seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang didakwa menerima suapan berjumlah RM345,000.

Lelaki berusia 50an itu didakwa meminta wang tersebut daripada seorang individu bergelar ‘Datuk’ sebagai balasan untuk menyelesaikan kes berkaitan penipuan urusan jual beli tanah.

Macau Scam Pegawai Kanan Bukit Aman Ditahan SPRM Ketua Polis Negara Bersuara

Sumber SPRM memaklumkan, kes tersebut berlaku pada 2016 dan ketika itu lelaki terbabit bertugas di Jabatan Peguam Negara.

SPRM menjalankan siasatan bagi kes itu dibawah Seksyen 19 (a) (4) Akta SPRM 2000.

Terdahulu, sekumpulan media yang menunggu sejak pukul 8 pagi tadi untuk membuat liputan permohonan reman terhadap dua individu yang disiasat oleh SPRM kerana terlibat dengan aktiviti Macau Scam dimaklumkan, lelaki yang dibawa dengan menaiki sebuah kenderaan warna hitam ke kompleks mahkamah berkenaan adalah suspek yang disiasat bagi kes itu.

Beberapa pegawai SPRM dilihat mengiringi lelaki terbabit yang tiba pukul 9.55 pagi dan kemudian dibawah terus ke Bilik Bicara Mahkamah Majistret di sini.

Bagaimanapun, selepas selesai mendapatkan permohonan reman, media dimaklumkan oleh pegawai SPRM bahawa individu terbabit bukanlah pihak yang disiasat untuk kes bagi penggubahan wang haraam.

Media turut diberitahu bahawa SPRM tidak ada mendapatkan sebarang reman pada hari ini bagi kes yang dimaksudkan. – MalaysiaGazette

Sebelum itu Tujuh termasuk Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ direman rasuah

Seorang Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor antara tujuh individu yang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah bulanan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing dua tahun lalu.

Kesemua suspek direman itu melibatkan lima anggota polis termasuk pegawai berpangkat Inspektor dan dua daripada JPJ.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli terhadap ketujuh-tujuh penjawat awam tersebut yang berusia 32 hingga 55 tahun.

Mereka yang hadir kira-kira pukul 10 pagi di Kompleks Mahkamah Shah Alam itu memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, penahanan mereka dilakukan bermula pukul 4.30 petang hingga 8.50 malam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, penahanan mereka adalah hasil siasatan lanjut terhadap empat suspek sebelum ini termasuk polis berpangkat Asisten Superintendan dan pemilik syarikat pembekal pekerja asing sebelum ini.

“Siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh suspek baru ini turut terlibat menerima rasuah secara bulanan RM500 hingga 5,000 daripada seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat pembekal pekerja asing.

“Rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sumber turut memaklumkan kesalahan tersebut dilakukan mereka antara tahun 2018 dan 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kosmo! sebelum ini melaporkan empat individu termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan direman selama tiga hari bermula Isnin lalu kerana menerima rasuah bulanan . -K!ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*