Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021, Syarat Kelayakan dan Tarikh Tutup

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021, Syarat Kelayakan dan Tarikh Tutup

MALAYSIA: Umum maklum, Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dipercepatkan daripada Mei kepada hujung Februari sudah dibuka untuk permohonan sehingga 15 Februari ini.

BPR akan memanfaatkan golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM300, manakala bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 akan menerima RM150.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata permohonan BPR itu boleh dibuat melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Bantuan berkenaan diharap dapat memanfaatkan lebih lapan juta penerima B40 yang lulus di bawah BPN 2.0 dan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020), selain mereka yang lulus permohonan baharu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Walaupun tarikh semakan BPR masih belum diumumkan namun buat mereka yang masih lagi khuatir mengenai syarat kelayakan permohonan, berikut merupakan syarat layak bagi seseorang individu memohon BPR:

Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500

Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200

2 anak dan ke atas: Terima RM1,800

Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 – RM4,000

Tiada atau seorang anak: Terima RM800;

2 anak dan ke atas: Terima RM1,200

Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 – RM5,000

Tiada atau seorang anak: Terima RM500

2 anak dan ke atas: Terima RM750

Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.
Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*