Penyebar utama cov-19 Genom 614, Dr Noor Hisham kata Kluster ini sama seperti 2 Negara ini

Pada hari ini, KKM meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap kluster Sivagangga yang telah bermula di KEdah ada kaitan dengan genom cov-19 yang telah dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Pakistan dan Mesir.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pihaknya mendapati kluster tersebut yang telah dikesan oleh KKM daripada pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jitra – tersebar sangat cepat berbanding kluster lain.

“Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, Kluster Sivagangga ini merebak dengan sangat cepat jika dibandingkan dengan 9 kluster di Sarawak dan sebagainya”.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster super spreader. Super spreader ini dikatakan telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir dan juga dari Pakistan.

Jadi disebabkan perkara itu, ia besar kemungkinan kluster sivagangga ini merupakan kluster super spreader.

Untuk pengetahuan semua, kluster ini telah dijejaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selepas seorang lelaki yang baru pulang dari India pada 13 Julai yang lalu gagal untuk berada dalam kuarantin seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga ke hari ini, kluster ini telah mencatatkan 30 kes positif melibatkan kanak-kanak dan orang tua.

KES Cov-19 HARI INI

Negara sekali lagi menyaksikan enam kes daripada 15 kes baharu positif Cov-19 di dalam negara pada hari ini datang daripada Kluster Individu Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatannya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Cov-19 di dalam negara adalah sebanyak 9,038 kes.

Beliau turut memaklumkan terdapat 11 kes yang telah pulih hari ini dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari adalah sebanyak 8,713 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Cov-19 hari ini adalah 200 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

“Pecahan lima kes import tersebut adalah melibatkan empat kes di Sabah yang pulang dari Filipina; dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang pulang dari Afrika Selatan,” katanya dalam sidang media khas Cov-19 di kementeriannya hari ini.

Tambah Noor Hisham, daripada 10 kes penularan di dalam negara pula, lapan kes dilaporkan dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Daripada lapan kes dalam negara membabitkan warganegara Malaysia, enam adalah Kluster PUI Sivagangga di Kubang Pasu, Kulim dan Padang Terap manakala kes ketujuh di Negeri Sembilan membabitkan satu kes saringan di tempat kerja dan satu lagi kes (kes-8) di Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Labuan.

“Bagi kes jangkitan dalam negara membabitkan dua kes bukan warganegara masing-masing dilaporkan di negeri Sembilan iaitu saringan tahanan PATI dan WPKL saringan komuniti bersasar.

“Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif Cov-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana hanya satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Justeru tiada kematian baharu dilaporkan sekaligus jumlah angka kematian kekal 125 kes(1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” ujarnya.

Menyentuh mengenai enam kes baharu kluster Sivagangga, sehingga 12 tengahari tadi, seramai 2,351 orang telah disaring dalam kluster ini dan 30 kes daripadanya dikesan positif sementara 1,617 lagi negatif dan 704 kes pula masih menunggu keputusan yang mana persampelan telah diambil semalam.

Katanya, enam kes baharu itu telah dikesan dalam Kluster PUI Sivagangga pada hari ini melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif dan satu daripada enam kes baharu itu (iaitu kes ke-9032) mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarga beliau yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster ini.

“Kes mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos lalu sebelum dikesan positif 5 Ogos lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah manakala Ahli keluarga tersebut telah disaring untuk Cov-19 dan masih menunggu keputusan.

“Manakala lima kes baharu selebihnya (Kluster Sivagangga) pula terdiri daripada satu keluarga (iaitu kes ke-9033, 9034, 9035, 9036 dan 9037) yang mana mereka mempunyai sejarah mengunjungi ke salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) secara pentadbiran di negeri Kedah.

“Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan dan punca jangkitan dalam keluarga tersebut masih disiasat rapi dan kesemua kes (Sivagangga) ini merupakan kes-kes generasi kedua dalam Kluster PUI Sivagangga,” tegas Noor Hisham.

Dalam perkembangan berkaitan saringan kontak rapat kes-kes positif ini dan pengesanan kes aktif diteruskan.

Beliau juga memaklumkan daripada siasatan ke atas kes ke-9,023 dari Kulim (iaitu kes yang telah dilaporkan pada 5 Ogos 2020) mendapati seramai 15 kontak rapat beliau telah dikenalpasti dan disaring dan puncanya masih disiasat.

Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai dan masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut.-MalaysiaGazette

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’