Penipuan besar Perikatan Nasional – Guan Eng

MALAYSIA: Hari ini bekas Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng mendedahkan beberapa penipuan besar Perikatan Nasional selepas dia (Guan Eng) dituduh oleh Menteri Kewangan sekarang telah membuat penyalahgunaan kuasa ketika mendapat mandat rakyat.

Menurut Guan Eng pen1ipuan pertama adalah bahawa projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.

“Kebanyakan projek rundingan terus bukan inisiatif daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi atau sambuingan dari zaman BN.

“Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pem0otongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah iniasiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta.

Baki RM6.258 bilion ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan PH,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata demikian pada sidang akhbar di luar Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kata lain, menurutnya, semasa pentadbiran selama 22 bulan PH, sebanyak 99.93 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukannya rundingan terus.

“Penipuan kedua ialah meletakkan projek BN sebanyak RM6.258 bilion sebagai projek rundingan terus zaman PH yang hanya RM352 juta sahaja untuk menjadikan jumlahnya konon RM6.61 bilion.

“Keraguan kami ternyata telah ternyata dan terbukti dengan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didedahkan oleh kementerian kewangan semalam,” katanya.

Lim berkata, penipuan ketiga ialah usaha Zafrul untuk menutup hakikat bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri PH yang berpaling tadah menyertai PN juga ada meminta projek rundingan terus.

Namun katanya, semua mereka menafikannya di Parlimen dan dalam kenyataan akhbar. Walau bagaimanapun, pembohongan mereka dibongkar dengan pendedahan Zafrul semalam.

“Kementerian Dalam Negeri (Muhyiddin Yassin) meminta RM517.7 juta.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) meminta RM170.8 juta.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) meminta RM1.2 juta; dan

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Rina Harun) meminta RM7.6 juta,” katanya.

Sebagai kesimpulan, Lim berkata biar rakyat membuat penilian sendiri tentang kerajaan mana yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

“Biar fakta berbicara dengan sendirinya. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar,” kata Lim.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’