Malaysia
Pendaftaran baru BPN 2.0 sehingga Ahad Ini sahaja – Menteri Kewangan
MALAYSIA:CYBERJAYA – Permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) masih dibuka sehingga hari Ahad ini (15 November 2020), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Memetik laporan BH, Tengku Zafrul berkata, bagi permohonan yang diluluskan, pembayaran bantuan itu akan dibuat secara sekali gus pada Januari 2021.
“BPN 2.0 dijangka akan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40.
“Sehingga 3 November 2020, sebanyak RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima.
“Ini merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40,” katanya.
Menurutnya lagi, bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran wang bantuan itu boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober lalu.
Ini Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Secara Online
Untuk anda yang tidak tahu, hari ini semakan untuk status dan permohonan baru bagi BPN 2.0 telah pun dibuka .
Untuk mereka yang perlu membuat permohonan baharu, kerajaan memberikan tempoh selama sebulan untuk anda memohon bermula dari hari ini, 15 Oktober sehinggalah 15 Nobember 2020
Meskpipun LHDN sebelum ini memberikan dua kaedah untuk memohon iaitu secara penghantaran borang manual ke mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) juga UTC LHDNM atau secara dalam talian mereka bagaimanapun kini menyarankan agar segalanya dilakukan secara dalam talian susulan dari peningkatan kembali kes Covid-19 di dalam negara
Justeru bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan cara untuk anda membuat permohonan baharu BPN 2.0 secara dalam talian.
Apa-apa pun kami cadangkan semak dulu kelayakan anda melalui pautan ini. Jika memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, ikuti langkah seterusnya.
Layari portal rasmi BPN 2.0 terus kelink https://bpn.hasil.gov.my/ #2 Semak status anda
Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan captcha. Kemudian tekan pada “Semak”
#3 Klik permohonan baru
Jika keputusan menunjukkan “Tiada Rekod” dan klik pada “Permohonan Baru”.
#4 Isi Maklumat yang diperlukan
Lengkapkan “Maklumat Pemohon” yang terdiri dari informasi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, jantina, umur, alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan bulanan, maklumat bank serta status perkahwinan pemohon.
Kemudian lengkap bahagian “Maklumat Waris” termasuk hubungan, jenis pengenalan, nombor kad pengenalan, nama dan nombor telefon waris.
#5 Lakukan Pengesahan
Selesai mengisi segala maklumat klik pada butang “Teruskan”. Langkah seterusnya adalah menyelesaikan captcha dengan mengisi huruf yang tertera dan tekan sahkan captcha di bahagian pengesahan .
Seterusnya tandakan pengakuan (tanda ‘right’) untuk paparkan bahagian simpan/hantar.
-
Malaysia4 years ago
Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta
-
Malaysia4 years ago
Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
-
Bantuan4 years ago
Bantuan RM50 ‘E-Wallet’ akan dikreditkan bermula 1 Julai – Perdana Menteri
-
Malaysia4 years ago
Tarikh rayuan Bantuan GKP sebanyak RM3000 dibuka, Cara membuat Rayuan
-
Malaysia4 years ago
Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan
-
Malaysia4 years ago
Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)
-
Malaysia4 years ago
Thailand gelar skuad Harimau Malaya sebagai “Johor National Team”
-
Malaysia4 years ago
SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan