“Peminat Lizzy mahu B vnuh Diri”, Elizabeth bakal kahwin

MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Gimik Elizabeth Tan, 28, mengenakan gaun perkahwinan yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG) nyata ‘mengena’ apabila ramai peminat lelaki patah hati hingga mengugut mahu ‘unfollow’ penyanyi lagu Knock Knock itu.

Malah, ada juga peminat mengugut tidak mahu memberikan sokongan kerjaya Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzie.

Bagaimanapun, ia hanyalah gimik Lizzie bagi mempromosikan single baharu bergenre balada berjudul Beku yang menyaksikan kali pertama berkolaborasi dengan Hazama.

Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri memilih gimik sedemikian selepas hampir dua tahun tidak tampil dengan single berentak balada.

Akibat kesuntukan masa, katanya, dia terpaksa mereka-reka gimik untuk perhatian peminatnya.

“Pelancaran single Beku diadakan dalam keadaan terburu-buru. Saya terpaksa memikirkan strategi untuk menarik perhatian pendengar. Jika promosi dilakukan biasa-biasa, mungkin akan mengambil sedikit masa untuk diterima.

“Jadi, dengan gimik memakai pakaian pengantin dan mendedahkan sipi-sipi wajah bakal suami dapat membantu. Tekaan saya tepat apabila peminat menyangkakan saya berkahwin, ada yang ‘frust’. Boleh dikatakan hampir 80 peratus pengikut IG saya terdiri daripada golongan lelaki.

“Cuma, saya agak terkejut apabila ada mengugut mahu ‘unfollow’ dalam IG, ada pula kononnya mahu bv nvh diri. Apabila melihatkan reaksi sedemikian, timbul juga kerisauan di hati.

“Bagaimana sekiranya saya benar-benar mahu menamatkan zaman bujang? Adakah saya akan kehilangan peminat? Saya tidak mahu selama-lamanya hidup solo, saya mahu berkahwin dan memiliki keluarga apabila tiba masanya,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi pengalaman kali pertama berkolaborasi bersama Hazama, Lizzie berkata, pemilihan penyanyi bersuara serak basah itu adalah keputusannya.

Katanya, sudah lama mengagumi kehebatan suara Hazama, jadi teruja apabila syarikat rakaman memberikan kebebasan memilih rakan duet.

Namun, di sebalik keterujaan, kata Lizzie, dia rendah diri kerana berasakan jurang vokal antara mereka berbeza.

“Saya sudah lama meminati suara Hazama. Bagi saya, suaranya memiliki keunikan tersendiri. Tidak perlu melihat wajah penyanyi, kita sudah tahu itu suara Hazama.

“Kali pertama mendengar melodi single Beku saya terus tertarik. Kebetulan lagu ini memang sesuai dinyanyikan secara berduet. Apabila syarikat rakaman memberikan lampu hijau, saya terus memilih Hazama.

“Tetapi, selepas mendengarkan demo nyanyian Hazama untuk lagu ini, saya pula rasa segan. Saya tidak setaraf kerana suara Hazama bagus, vokal saya tidak setanding dengannya. Bagi menyesuaikan vokal kami, sesi rakaman mengambil masa agak lama.

“Bagaimanapun, Hazama banyak memberi tunjuk ajar dan membantu ketika proses rakaman,” kata Lizzie.

Sementara itu, Hazama berkata, dia agak pelik apabila dilamar Lizzie untuk berkolaborasi dalam single Beku berikutan genre mereka berbeza.

Katanya, Lizzie dikenali penyanyi lagu pop dan ‘catchy’, justeru dia pada mulanya keliru bagaimana boleh berduet dalam sebuah lagu.

“Pada mulanya, saya sangkakan single yang dinyanyikan berentak rancak, tetapi selepas mendengar demo, ia adalah lagu balada. Jadi, lebih mudah untuk kami menciptakan keserasian menerusi lagu ini.

“Memandangkan nada suara saya agak tinggi, jadi saya perlu rendahkan sedikit supaya bersesuaian dengan Lizzie.

“Kami tidak pernah bekerjasama, tetapi tidak salah kami mencubanya. Lagipun, saya rasakan ia satu peluang yang menarik. Cuma, proses rakaman agak lama kerana terpaksa dilakukan banyak kali supaya kami lebih mengenali melodi single Beku,” kata Hazama yang mengenali Lizzie ketika menyanyikan semula lagunya berjudul Malaikat.

Menyentuh video muzik, Hazama berkata, dia segan apabila menyangka akan bersanding dengan Lizzie. Bagaimanapun, lega apabila tidak banyak babak menampilkan mereka bersama,

“Saya segan, apatah lagi, status saya sudah berumah tangga jika ada babak bersanding. Alhamdulillah, tidak banyak babak kami bersama.

“Saya tidak terbabit dalam perkongsian idea untuk video muzik Beku, semuanya idea Lizzie. Apa yang boleh dikatakan, jalan ceritanya menarik. Saya yakin orang Malaysia sukakan gimik dan jalan cerita sedemikan,” kata Hazama.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’