PEMBELIAN NO PIN UNIVERSITI : CARA BELI PIN UPU BSN 2025
Permohonan kemasukan pelajar ke peringkat Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda untuk Sesi Akademik 2025/2026 hendaklah mengemukakan permohonan terlebih dahulu. Pelajar hendaklah mendapatkan Nombor Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat atau pembelian secara online sahaja.
Info lanjut mengenai pembelian no pin universiti secara online boleh didapati dipetikan di bawah.
Baca Juga : SEMAKAN PLKN TAHUN 2025
TARIKH BUKA PEMBELIAN NO PIN UNIVERSITI
Pelajar Lepasan SPM dan STPM@Setaraf boleh mula membeli Nombor Pin UPU bagi membuat permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2025/2026 bermula pada tarikh dibawah :
Tarikh Pembelian No Pin UPU : Pada Hari Ahad, Bermula 9 Februari 2025
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN UPU
Pelajar sesi akademik 2025/2026 boleh mula membuat permohonan pada Tarikh dibawah :
PERINGKAT | TARIKH PERMOHONAN |
---|---|
FASA PERTAMA | Bermula 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025 (Bagi Lepasan SPM & STPM/ Setaraf). |
FASA KEDUA | Bermula 14 April 2025 sehingga 18 Mei 2025 (Bagi Program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian) |
SENARAI KAEDAH PEMBELIAN NO PIN
Antara kaedah membeli No Pin BSN seperti dibawah :.
- Melalui 350 Kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Melalui 700 Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Melalui Perbankan Internet MyBSN.
CARA MEMBUAT PEMBELIAN NO PIN
Pembelian Nombor Pin UPU melalui perbankan internet myBSN secara online, calon perlu mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan kad ATM. Ikuti panduan cara pembelian No Pin UPU dibawah :
- Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
- Klik pada [Pin Purchase].
- Pilih Organization [UPU].
- Seterusnya, Pilih Program [Lepasan SPM] atau [Lepasan STPM/Setaraf].
- Pembayaran melalui akaun bank.
- Nombor Pin Unik ID UPU akan diberikan.
- Selesai.
KAEDAH MEMBELI NO PIN MELALUI MESIN ATM BSN
Berikut merupakan cara pembelian Nombor Pin UPU di mesin (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran :
- Kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Masukkan kad ATM dan nombor Pin.
- Pilih Urusan [Beli Pin UPU].
- Seterusnya, Pilih Jenis Permohonan [IPTA].
- Kemudian, Pilih Jenis Program [SPM] atau [STPM] atau [Lain-lain].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / MyKad Pemohon.
- Klik butang [Ya] untuk meneruskan urusan.
- Maklumat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU akan dipaparkan.
- Klik butang [SETUJU] untuk meneruskan urusan atau klik [BATAL] untuk membatalkan urusan.
- Resit akan dicetak keluar.
- Selesai.
KAEDAH MEMBELI NO PIN MELALUI KAUNTER BSN
Pemohon boleh mengkunjungi di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan membawa dokumen kad pengenalan diri dan wang tunai untuk bayaran. Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memberikan slip pembelian Nombor Pin Unik ID UPU dan perlu disimpan sebagai rujukan permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2025/2026.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian rasmi : 03-8684 2363
E-mel :upu@mohe.gov.my
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.