Pembayaran BSH Fasa Ketiga bermula akhir minggu ini – Menteri Kewangan

MALAYSIA: Berikut kami kongsikan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ke-3 akan dilaksanakan. Mengikut sumber ia akan dibayar bermula pada Jumaat ini.

Sumber mengatakan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan pada hari semalam, pembayaran Bantuan Sara Hidup itu akan dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori.

Iaitu, kategori yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai baki Bantuan Sara Hidup 2020 yang akan diterima.

Ia akan membabitkan peruntukkan kerajaan sebanyak RM3 billion yang akan diberikan kepada hampir 4.28 juta penerima yang merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia diantara 40 tahun ke 59 tahun.

Untuk pengetahuan semua, penerima manfaat kategori isi rumah akan menerima sebanyak RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

Berikut adalah contoh yang diberikan oleh kerajaan bagi memberi kefahaman kepada rakyat iaitu:

“Sekiranya Encik Abu mempunyai pendapatan di bawah RM2000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1580 merangkuti pembayaran sebanyak RM300 pada fasa 1 (Januari) RM200 fasa kedua (Mac) dan RM1080 pada fasa ke-3 (Julai)”

Bayaran Bantuan Sara Hidup ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga” – Kata Menteri Kewangan Malaysia.

Oleh itu, pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum itu.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pihak kementerian dan LHDN akan membuat pembayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember ini.

Kepada mereka yang layak tetapi tidak menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama dan kedua, mereka akan dapat sekali gus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan mereka.

Manakala permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 pula akan dibuka pada 7 ogos sehingga 6 september depan.

“Sekiranya ada diantara mereka tidak dapat atau tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, mereka masih diberi ruang dan peluang bagi mengemukakan permohonan rayuuan berserta dokumen yang berkaitan bagi disemak semula oleh LHDN”

Mereka ini boleh membuat permohonan secara atas talian di portah Bantuan Sara Hidup : https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir ke cawangan LHDN, pusat Khidmat Hasil atau UTC.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’