PEMBAYARAN BANTUAN SKAS 2025 : SEMAKAN PERMOHONAN SARAWAK PAY
Kerajaan Sarawak akan membuat pembayaran bantuan SKAS 2025 dalam masa terdekat sebagai salah satu usaha untuk membantu rakyat berpendapatan rendah di Sarawak dalam memenuhi keperluan harian mereka dan bagi mengurangkan beban rakyat sarawak yang turut berhadapan dengan krisis ekonomi yang semakin meruncingkan.
BACA JUGA : STR FASA 2 2025
OBJEKTIF PEMBAYARAN BANTUAN SKAS 2025
-Memudahkan Urusan Kewangan: Menyediakan platform pembayaran digital yang selamat, cepat dan efisien.
-Meningkatkan Literasi Digital: Memberikan latihan penggunaan aplikasi kepada golongan muda dan warga emas.
-Merangsang Ekonomi Digital: Menggalakkan usahawan tempatan untuk menggunakan teknologi digital dalam perniagaan mereka.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SKAS 2025
Pembayaran akan dikreditkan seperti butiran dibawah :
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) | 18 FEBRUARI 2025 |
CARA PEMBAYARAN BANTUAN
Bantuan ini akan dikreditkan dalam bentuk baucar digital ke akaun S PAY GLOBAL penerima iaitu nama baharu bagi SARAWAK PAY. Bagi memastikan kelancaran penerimaan bayaran tanpa sebarang masalah, penerima disarankan untuk memastikan akaun S PAY GLOBAL mereka aktif dan maklumat peribadi dikemas kini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK
Diantara syarat-syarat kelayakan bagi penerima bantuan ialah :
KATEGORI | SYARAT-SYARAT KELAYAKAN |
---|---|
SYARAT UMUM | -Warganegara Malaysia -Menetap dan beralamat di Sarawak -Penerima Bantuan STR |
Isi Rumah | -Berkahwin -Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa). -Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. -Tiada had umur |
Bujang | -Bujang -Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan. -Had umur 21-59 tahun. -Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas. -Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa. |
Warga Emas | -Bujang -Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak. -Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. -Had umur 60 tahun dan ke atas. |
LANGKAH SEMAK STATUS BANTUAN
Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
- Kemudian, klik pada “Semak Kelayakan SKAS”.
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan Sarawak ID anda. Sekiranya anda belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status.
- Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] berserta Tarikh Pembayaran akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Jumlah bantuan yang akan dikreditkan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
Bujang berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
LANGKAH UNTUK MENGAKTIFKAN AKAUN SARAWAK PAY (S PAY GOLBAL)
Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
- Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
- Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
- Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.
SKAS Sarawak
Pusat Talikhidmat: +6082-555999
e-Mel: 555999@sarawak.gov.my
S PAY GLOBAL
Pusat Talikhidmat: +6082-224599
e-Mel: customerservice@spayglobal.my
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/