Pemain natrulisasi untuk bersaing di peringkat lebih Tinggi – Azrai Khor

Pemain natrulisasi demi bersaing di peringkat lebih Tinggi

Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil beberapa pemain natrulisasi dan kacukan menerima pelbagai reaksi daripada peminat bolasepak tanah air. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak senang dengan perkara tersebut.

Terkini Persatuan Bolasepak Malaysia dikatakan sedang memantau beberapa pemain untuk diberikan kerakyatan Malaysia. Antara nama pemain yang disebutkan oleh FAM adalah Marcel Kalonda dan Harry Edge.

Disebabkan oleh perkara ini, FAM menerima pelbagai reaksi yang mengatakan mereka terlalu memandang bakat luar berbanding melihat program pembangunan akar umbi. Disebabkan sikap FAM ini berkemungkinan pemain tempatan akan hilang tempat untuk mewakili negara pada masa akan datang.

Namun menurut seorang bekas jurulatih negara, Azraai Khor mengatakan bahawa dengan adanya pemain naturalisasi dan juga warisan negara ini akan meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Menurutnya pasukan yang dibina oleh Tan Cheng Hoe sekarang ini mempunyai kualiti yang berbeza berbanding sebelum ini. Prestasi mereka sangat luar biasa menurut pandangan Azraai Khor.

Pemain-pemain natrulisasi dan warisan yang dibawa oleh FAM menunjukkan semangat yang luar biasa menyebabkan permainan kita berbeza daripada sebelum ini. Di jentera hadapan menunjukkan kita lebih berkualiti.

Oleh itu beliau setuju dengan cadangan untuk membawa pemain kacukan atau natrulisasi di bahagian bawah pula. Dengan kombinasi pemain tempatan, kacukan atau natrulisasi akan lebih membuatkan Malaysia menjadi mantap disetiap penjuru padang.

Kehadiran pemain-pemain ini sudah pasti memberi motivasi yang lebih tinggi kepada rakan pasukan yang lain.

Beliau turut mengatakan bahawa program yang sedang dibuat oleh FAM ini adalah untuk memastikan Malaysia bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan tidak hanya jaguh di pentas Piala AFF dan sukan sea sahaja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*