
Bolasepak: Penangguhan Liga Malaysia menyebabkan banyak impak tidak baik buat pasukan yang bertanding. Antara pasukan yang dikatakan bermasalah ketika ini adalah pasukan Kedah, ini selepas mereka dikatakan mengalami tunggakan gaji pemain.
KAFA dalam satu kenyataan berjanji bahawa pihak pengurusan akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Mampukah pihak pengurusan pasukan Kedah FA menyelesaikan masalah ini dalam masa 3 minggu sebelum umat Islam akan meraikan hari Raya Aidilfitri. Pasukan ini dikatakan gagal untuk membayar gaji pemain secara penuh pada bulan Februari, Mac dan April.
Ini adalah berdasarkan laporan akhbar Metro mengatakan bahawa Kedah FA hanya membayar 30 peratus sahaja daripada gaji penuh pemain untuk bulan Februari. Namun 2 bulan berikutnya gaji tidak masuk. Perkara ini didedahkan oleh sumber yang tidak didedahkan namanya.
“Sebenarnya sudah 2 bulan gaji tidak berkunjung tiba, sejak dari bulan Februari lalu. SEbelum ini mereka ada bayar sedikit tapi yang selebihnya masih lagi tidak dibayar. Kalau 2 bulan lepas pun gaji tidak masuk sudah pasti bulan Mac pun akan sangkut” – Kata sumber tersebut
Sumber tersebut turut mendedahkan bahawa sekiranya gaji tersebut tidak masuk sebelum bulan Raya, pasti ini akan memberi kesan besar kepada pemain dalam mengharungi bulan Ramadan serta persiapan mereka untuk menyambut hari Raya nanti.
Dia berharap agar pihak pengurusan KEdah fa dapat membayar gaji tersebut pada bulan ramadan ini.
Leave a Reply