Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Satu Penghormatan dapat wakili Malaysia

Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Satu Penghormatan dapat wakili Malaysia

Nama pemain Kobe Chong menjadi sebutan para peminat apabila pemain itu memberi bayangan untuk mewakili Harimau Malaya. Pemain yang mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan di rantau Eropah dikatakan menjadi satu prospek beharga pasukan Malaysia untuk masa hadapan.

Baru sahaja berusia 18 tahun pemain ini ini sudah mempunyai pengalaman bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama kelab West Bromwich Albion.

Pemainn ini berkata sekiranya dia dipanggil untuk mewakili Harimau Malaya pada masa akan datang ia merupakan satu penghormatan besar buat dirinya.

Perkara ini dikongsikan pemain muda itu ketika temubual bersama Astro Arena baru-baru ini. Kobe mengulas mengenai kebarangkalian beliau untuk kembali beraksi bersama Malaysia sekiranya mendapat tawaran daripada FAM.

Untuk pengetahuan anda juga, pemain ini sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) namun dikatakan tiada sebarang keputusan rasmi daripada kedua-dua pihak.

“Saya akan merasakan ini satu penghormatan besar sekiranya FAM memanggil saya untuk mewakili negara asal saya, Ini adalah pencapaian untuk diri saya sendiri sekiranya dapat beraksi bersama Harimau Malaya.”

“Saya akan merasakan apa yang telah saya lakukan selama ini berbaloi, kerja keras saya sebelum ini terbalas.” – Ujarnya sekiranya dipanggil oleh Malaysia

Bagi pengetahuan anda semua juga, pemain muda ini mempunyai pengalaman bersama pasukan remaja dan beberapa kelab ternama di Eropah seperti Cagliari dan Wolverhampton Wanderers.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*