
Georgetown, Guyana: Gara-gara kecewa telefon bimbitnya dirampas, pelajar perempuan bertindak membakar sebuah asrama sekolah menengah hingga mengorbankan 19 penghuninya.
Portal Insider melaporkan, kebakaran berlaku di Sekolah Menengah Mahdia dekat Guyana, Ahad lalu.
Kenyataan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Guyana berkata, punca kebakaran itu bermotifkan niat jahat.
Penasihat Keselamatan Negara, Gerald Gouveia memberitahu, suspek dalam kejadian itu, seorang pelajar di sekolah berkenaan dituduh membakar asrama selepas dikenakan tindakan disiplin kerana mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang lebih berusia.
Seramai 38 pelajar berjaya keluar selepas anggota bomba memecahkan lubang di dinding.
VIDEO :
KOMEN NETIZEN :
Jangan main2 dgn budak2 skrg…. dalaman tak kental… kalau nk tengok mcm mana masa dpn sesebuah negara , tengok la pemuda pemudi masa sekarang….
Biasalah…sinar suka membuat provoke …mereka hanya kira keuntungan sahaja
Sumber : HM / BH
Leave a Reply