Terkini: Pekebun Musang King hantar memorandum kepada ahli Parlimen

MALAYSIA: Semalam dimaklumkan bahawa ada pihak menghantar memorandum kepada ahli parlimen bagi menyelesaikan maasaalah berhubung pekebun durian dan RPD.

Menurut sumber Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) menyerahkan memorandum kepada sejumlah anggota Parlimen hari ini berhubung kemelut antara pekebun durian di Raub dengan Royal Pahang Durian (RPD)

Pengerusinya Wilson Cheng berkata, memorandum itu menyuarakan kebimbangan RPD mahu memonopoli pasaran durian antarabangsa dan akan menjejaskan para pekebun kecil.

“Buktinya, ia sedang mendirikan kilang pemprosesan durian yang terbesar di Malaysia dan mendirikan anak syarikat yang bertanggungjawab bagi urusan eksport, mereka juga sanggup mengambil alih semua Musang King tanpa lesen dan merompak usaha pekebun-pekebun dengan kontrak yang zalim,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kerajaan Pahang dilaporkan berkata akan bertindak terhadap semua kebun haram di Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub bermula 24 Ogos.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 1970-an melalui Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menganggapnya sebagai pencerobohan dan mahu melakukan pemutihan dengan memajakkannya kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP).

Memorandum itu antara lain mendakwa pekebun dipaksa menandatangani kontrak dengan terma yang tidak adil, seperti pekebun perlu membayar RM6,000 pada tahun ini bagi seekar tanah yang mengandungi 30 batang pokok durian.

Pada dua tahun seterusnya, RPD akan membeli durian Musang King gred A dari pekebun dengan harga RM30 sekilogram, yang lebih rendah daripada harga pasaran, menurutnya.

Memorandum itu turut mendakwa para pekebun sudah beberapa kali memohon permit atau geran daripada kerajaan ngeri.

“Samka menyatakan bahawa ‘pekebun tanpa permit’ ini sebenarnya berjasa untuk menjadikan Raub sebuah Bandar Musang King serta menjadikan Raub pembekal Musang King utama di seluruh dunia.

“Kami dengan ikhlas memohon jasa baik para Ahli Parlimen supaya memberi perhatian kepada krisis Musang King ini,” menurut memorandum itu.

Memorandum itu diserahkan kepada sejumlah anggota Parlimen antaranya Salahuddin Ayub yang juga bekas menteri pertanian dan industri asas tani, bekas timbalannya Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub), dan Wong Tack (Bentong).

Dalam kenyataan itu, Cheng turut mengingatkan kemelut itu bukan sekadar isu dasar tanah, sebaliknya pengaruh terhadap perkembangan industri pertanian di Malaysia.

“Musang King adalah ikon Malaysia dan sekiranya industri ini dimonopolikan, rantaian penghasilan durian yang telah matang akan dimusnahkan, ruang pembangunan pekebun kecil akan dikurangkan dengan drastik dan menyebabkan beribu-ribu penduduk Raub kehilangan mata pencarian,” katanya.

Dalam wawancara bersama Malay Mail pada 22 Ogos lalu, RPD menafikan tuduhan menawarkan kontrak bersifat berat sebalah dengan pekebun durian Musang King.

RPD berkata, RPDP-PKPP telah mendapat hak dan pajakan untuk 5,357 ekar tanah di Raub selama 30 tambah 30 tahun, dan mendakwa 30 peratus daripada tanah itu telah diceroboh.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan RPDP-PKPP juga membangkitkan kepentingan regulasi pasaran durian tempatan bagi mengelakkan pengaruh pelabur asing yang boleh menjejaskan pengeluar tempatan. -MK

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’