Hari ini, PDRM sahkan Addy Kanna terliibat dengan Macau Scam dan Banyak Lagi

Hari ini, PDRM sahkan Addy Kanna terliibat dengan Macau Scam dan Banyak Lagi

MALAYSIA: [DIKEMASKINI] Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes peniipuan Macau Scam, judi online dan peniipuan pelaburan pertukaran mata wang asing F0rex.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan awal mendapati sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan Addy Kanna ini menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan F0rex.

“Tangkapan Addy (Kanna) dan seorang suspek yang masih bebas (Goh Leong Yeong@Alvin) mendapati mereka berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan sewa premis dan telekomunikasi kepada sindiket peniipuan yang menyasarkan rakyat China.

SEMALAM PDRM sahkan Addy Kanna dan saspek lompat Pagar tidak terliibat Macau Scam

“Kita juga dapati wujud elemen peniipuan peniipuan (scam) membabitkan Addy ini. Susulan itu, siasatan juga akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenyah Komersial (JSJK), Cawangan Khas dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standrad (JIPS),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Huzir berkata, dengan penahanan Addy ini, JSJ telah melancarkan 12 serbuan di sekitar Lembah Klang sejak Sabtu lalu membabitkan premis pusat panggilan (calling centre) dan berjaya menahan seramai 138 individu termasuk 95 warga China membabitkan beberapa sindiket.

Dalam pada itu, Huzir turut mendedahkan Addy mempunyai rekod jenyah lampau bersabit Akta Ordinan Darurat 1969 kerana terlibat dalam jnayah samvn.

Berkenaan tangkapan tiga lelaki termasuk Addy, Huzir berkata, ketiga-tiga mereka kini ditahan reman 21 hari di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenyah (POCA) 1959 dan akan dipohon lanjutan reman selama 38 hari lagi di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA 1959.

Mengulas berkenaan usaha PDRM memburu Alvin, beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesannya.

“Siasatan juga sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung tindakan Alvin yang berjaya melarikan diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tempoh hari,” katanya.

Dalam perkembangan sama menurutnya, polis juga telah menyerbu pejabat Alvin di Plaza Low Yat di ibu negara dan tidak menolak kemungkinan Alvin yang bekerja di plaza terbabit menjadi faktor dia mendapat ‘tawaran’ daripada sindiket di China.

“Kita juga telah menahan seorang lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang disyaki berkait dengan Alvin,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, polis juga akan memanggil beberapa selebriti tempatan sekiranya perlu untuk siasatan lanjut berkaitan kes terbabit dan sedang menyiasat dakwaan sekiranya terdapat penglibatan ahli politik dalam sindiket terbabit.

Tegasnya, PDRM akan memastikan sindiket ini terus ditahan dan akan melakukan siasatan telus, terperinci serta menyeluruh.

“Pada tahun lalu, JSJ telah menyerbu sindiket calling centre dan seramai 2,069 dituduh yang mana 323 dituduh di bawah POCA, manakala pada tahun ini sehingga Oktober, seramai 1,301 berjaya dituduh termasuk 243 suspek dituduh di bawah POCA,” katanya.

Katanya, polis kini giat memburu lapan lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian secara dalam talian di Lembah Klang.

Addy Kanna, Leong Yeong ejen Macau Scam: PDRM

[DIKEMASKINI] Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket peniipuan yang menyasarkan rakyat China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin diupah untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet di negara ini.

“Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, peniipuan pelaburan mata wang asing (F0rex) dan peniipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan peniipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat.

“Kegiatan peniipuan dalam negara dilakukan sindiket peniipuan lain. Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan peniipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat,” katanya.

“Dakwaan mengatakan Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana individu itu sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenyah (POCA) bersama dua lagi individu.

“Kita juga masih mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbualan telefon melibatkan sindiket peniipuan dalam talian oleh seorang lelaki yang mendakwa ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna yang tular sejak minggu lalu.

Terbaru Wajah Saspek Terlîbat Lompat Pagar Disiarkan SPRM

Menerusi perbualan yang direkod selama 13 minit 34 saat, lelaki itu mendakwa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Pada awal perbualan, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang mendakwa mangsa ada membuat penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Bagaimanapun, mangsa dapat menghidu taktik lelaki itu yang menipunya dan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan.

Kedua-duanya mula berbual secara baik selepas mangsa meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba menipunya secara dalam talian atau Macau Scam.

Lelaki itu turut menjelaskan kegiatan peniipuan yang dijalankan rangkaian mereka menjana pendapatan lumayan sehingga puluhan dan jutaan ringgit kerana sikap mangsa yang tidak berhati-hati.

Sementara itu, Huzir berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran kegiatan peniipuan oleh dua individu tersebut dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*