“Patah 3 Tulang Rusuk”, Bapa Tiri bersama Ibu Diɪtᴀhᴀn Sebab Kᴇmᴀtɪan Anak Perempuan 4 Tahun

MALAYSIA: TAMPIN: Seorang lelaki dit4haan polis 9 Februari lalu bagi membantu siasatan kes kemaat1ian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Klinik Kesihatan Gemas, dekat sini, 1 Februari lalu.

Difahamkan, mngsa tinggal di rumah sewa bersama ibu, bapa tiri dan seorang abang di Kampung Halacara Baru, Gemas.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dit4haan selepas rakaman ‘Child Interview Centre’ dilakukan ke atas adik beradik kanak-kanak yang maut berkenaan.

Menurutnya, pada 1 Februari lalu, polis menerima maklumat daripada doktor bertugas Klinik Kesihatan Gemas menyatakan ada seorang kanak-kanak mennggl dunia dan mulutnya berdaa rah.

“Kanak-kanak tersebut mnnggl dunia sebelum berada di klinik. Susulan itu, be dah siasat dijalankan ke atas mngsa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

“Hasil be dah siasat mendapati terdapat kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di sebelah kiri dan kanan, tiga batang tulang rusuk di sebelah kiri telah patah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Anuwal berkata, selain itu, satu kesan lama dan bercantum, dua kesan baru manakala tulang rusuk sebelah kanan hanya bengkak kemerahan.

“Dalam kes ini, pakar gigi di Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si maat1i.

“Doktor forensik mengesahkan punca kemaat1ian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat kudrat tumpul.

Anuwal berkata, saspek kini dit4haan reman selama tujuh hari sehingga hingga 16 Februari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan buat masa ini, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001. – UTUSAN ONLINE

Dakwa anak tiri kejang otot, rupanya didera

TAMPIN: Helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar, selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut, dalam kejadian pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Februari lalu kira-kira jam 10 malam, di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun, yang dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori simen itu ditahan, selepas pendedahan abang mngsa kepada polis bahawa adiknya kerap dipukul oleh bapa tirinya.

“Pada malam kejadian, abang mngsa mendengar bunyi kuat seperti pukulan dan suaranya menangis dalam bilik tidur bapa tirinya. Pada subuh, mngsa dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke klinik.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan mnnggl dunia setibanya di klinik walaupun diberi bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Mengulas lanjut Anuwal berkata, polis menerima laporan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Gemas, mengenai seorang kanak-kanak perempuan mnnggl dunia, 1 Februari lalu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban mendapati mngsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki di kedua-dua belah, serta kesan gigitan di badan mngsa, selain tiga tulang rusuk kirinya patah.

“Pakar gigi dari Hospital Kuala Lumpur juga mengesahkan terdapat tiga kesan gigitan gigi dewasa, iaitu di tangan kanan, bahu kanan dan pergelangan tangan kanan si maat1i, dan forensik mengesahkan punca kemaat1ian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat benda tumpul,” katanya.

Anuwal berkata suspek juga didapati positif da d ah jenis met ha mphe tamine selain mempunyai rekod j e na yah lampau berkaitan kes curi.

“Suspek kini direman bermula 10 Februari hingga Selasa depan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001,” katanya. – BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*