
Selepas hampir dua bulan tidak turu ke padang pemain dan pegawai pasukan Selangor sudah bersedia untuk kembali menjalani latihan seperti biasa mulai bulan hadapan.
Menurut B.Sathiananthan yang merupakan ketua jurulatih pasukan Merah Kuning itu mereka akan menjalani latihan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau turut memaklumkan bahawa ada perubahan cara latihan dengan membahagikan setiap kumpulan dengan hanya membabitkan 10 orang. Perkara itu telah dimaklumkan kepada pemain-pemain pasukan Selangor.
Manakala latihan pula akan diadakan 3 atau 4 kali seminggu. Apabila masuk sahaja bulan Julai pasukan Selangor akan membuat lebih banyak sedikit latihan, maknanya jika diputuskan Liga Malaysia boleh diteruskan seperti biasa, pemain sudah mendapat latihan.
Jurulatih ini turut akan memberikan peringatan pada sesi latihan yang bakal diadakan nanti bagi menerangkan atau memperingatkan mereka tentang SOP yang telah ditetapkan.
Pasukan Selangor dijangkakan akan menggunakan 2 padang latihan, ini bagi membuka kawasan yang lebih luas untuk membuat penjarakan sosial dikalangan pemain.
Bagi memastiakn SOP tetap dijaga, pasukan perubatan Selangor juga akan ditugaskan bagi menjaga para pemain dan pegawai pasukan.
Liga Malaysia sudah tertangguh 2 bulan dan jika diteruskan nanti, berkemungkinan besar Liga Malaysia bakal dipendekkan dengan format dan sistem baru. Perkara ini telah dimaklumkan oleh pengendali Liga bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini.
Leave a Reply